Rabu, 22 Mei 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Lawan Ali Rustam <b>di Bukit Katil</b>, KEADILAN boleh menang – Shamsul

Posted: 15 Apr 2013 11:24 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

MELAKA 16 APRIL: Pertarungan maha hebat pada Pilihan Raya Umum 5 Mei membuatkan calon KEADILAN Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengerahkan segala keringat untuk mencapai kemenangan berdepan lawannya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Biarpun terpaksa menentang Ketua Menteri Melaka tidak mematahkan semangat Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu untuk menawan Parlimen ditandingi.

Shamsul-Iskandar1"Siapa pun calon yang diletakkan, kita akan lawan. Tambah-tambah lagi Ali Rustam yang dicalonkan, lagi senang untuk kita menang.

"Ali Rustam dikenali sebagai Ketua Menteri yang sarat dengan masalah dan rekodnya juga tidak baik. Sebelum ini, beliau juga diminta berundur kerana ada masalah politik wang. Ini peluang terbaik untuk kita menang," kata Shamsul kepada Keadilan Daily.

Tambah Pengerusi KEADILAN Melaka itu, pentadbiran Ali yang dilihat sebagai bukan Ketua Menteri 'cemerlang' memberi kelebihan kepadanya untuk rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju Melaka.

"Manifesto Pakatan diyakini rakyat ketika pentadbiran Ali hanya menambahkan masalah kepada rakyat. Dari sini mereka boleh buat perbandingan.

"Kita di sini juga sudah bersiap sedia kerana yakin dengan sokongan kaum Melayu 52 peratus, Cina 42 peratus dan selebihnya India untuk memberikan kemenangan kepada Pakatan," kata Shamsul.

Pada PRU 2008, calon BN, Datuk Md Sirat Abu memenangi Parlimen Bukit Katil mengalahkan calon KEADILAN, Khalid Jaafar dengan majoriti 1,758 undi.

Mengulas berkenaan persiapan, Shamsul kini rancak bertemu pengundi dan sebanyak 30,000 rumah penduduk dikunjungi untuk mengenali lebih dekat rakyat setempat.

"Kita hantar risalah ke setiap rumah, pengundi pula saya berikan kad calon sebagai kemudahan mereka untuk membuat aduan atau meminta pertolongan secara terus.

"Saya yakin dengan tindakan kita setakat ini, boleh berikan impak kepada pengundi di Parlimen Bukit Katil," kata Shamsul. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50511

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads