Ahad, 26 Mei 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Nukilan Wan Motor: Nadi Rakyat <b>Negeri Melaka</b>

Posted: 19 May 2013 09:03 PM PDT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Nadi Rakyat Malaysia yang dipengerusikan oleh En Rafi Awang Kecik kerana telah melantik saya sebagai Pengerusi Nadi Rakyat Negeri Melaka baru-baru ini... Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kekanda saya, bro Papa Gomo yang tidak putus putus memberi saya semangat di dalam perjuangan di alam maya ini...

Alhamdulillah, setakat ini saya telah melantik ahli jawatankuasa saya di dalam Negeri Melaka dan saya sebenarnya sungguh berbesar hati kerana setakat ini ramai yang menawarkan diri untuk menyertai Nadi Rakyat Melaka.

Penubuhan Nadi Rakyat Melaka bukan untuk menjatuhkan pihak lain atau sebagainya sebaliknya kita mahu jentera cyberwar yang lebih mantap dan dan berkesan. Saya menghormati rakan-rakan dan sahabat perjuangan saya di dalam Unit Media Baru ( UMB ) dan Panglima Maya Melaka (PMM) dan tidak akan sesekali akan menganggu gugat mereka di sini.


Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli Nadi Rakyat Negeri Melaka yang secara sukarela menawarkan diri untuk menyertai gerakan ini... Insyaallah saya akan lakukan terbaik di dalam perjuangan ini.

Nukilan Wan Motor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads