Jumaat, 21 Jun 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Malaysia Waves: Hashim <b>Jasin</b> Lebih Rela UMNO Menang <b>di</b> Perlis

Posted: 08 Apr 2013 05:28 AM PDT

Kerusi Parlimen Kangar telah ditandingi PKR/KEadilan sejak tahun 1999 lagi. Sepanjang yang saya ingat, Parlimen Kangar telah menjadi milik PKR sejak dulu lagi.
Namun, pada tahun ini tiba-tiba sahaja Ustaz Hashim Jasin mengumumkan Parlimen Kangar akan ditandingi calon PAS. Pengumuman Hashim Jasin tidak merujuk kepada PKR Negeri, PAS Pusat mahupun sesiapa sahaja. Ia adalah keputusan beliau semata-mata.
Alasan yang diberikan oleh beliau adalah calon PKR di Parlimen Kangar, yakni Dr Juanda Jaya, itu adalah seorang Wahabbi.
Maka, demi menghalang seorang Wahabbi dari bertanding Hashim Jasin sanggup melanggar akhlak persahabatan dan mencuri kerusi Parlimen Kangar dari PKR. Tindakan Hashim Jasin juga menunjukkan PAS adalah sebuah parti yang tamak haloba.
Tak padahal nya berapalah sangat bilangan kerusi yang PKR Perlis tandingi. Kerusi yang seciput tu pun Hashim Jasin nak sabotaj.
Tindakan Hashim Jasin sangat menggembirakan UMNO. Malahan, UMNO menyesal mendedahkan anak Hashim Jasin memiliki kereta Porshe dengan menggunakan AP milik Hashim Jasin.
Ini kerana Hashim Jasin telah mengambil tindakan yang bakal menyelamatkan UMNO Perlis dari kecundang.
Dr Juanda itu mampu menaikkan tahap sokongan kepada PAS dan akhirnya akan membawa PAS ke kerusi MB Perlis.
Kalau dulu, tindakan Harun Din menarik diri di saat akhir dengan alasan2 yang tidak munasabah telah menggagalkan usaha PAS memerintah PERLIS.
Tahun ini apabila kemenangan sudah cukup hampir, Hashim Jasin pula bertindak seperti itu.
Kedua-dua Hashim Jasin dan Harun Din sangat besar jasa mereka kepada UMNO Perlis.
Seharusnya UMNO Perlis pergi sujud di kaki mereka dan berterima kasih dengan kedua2 tokoh PAS ini kerana menyelamatkan kerajaan UMNO Perlis.
ps si Suwardi Yaakob, pembantu Hasan Ali tu pun dari PAS Perlis jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads