Khamis, 20 Jun 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di</b> Melaka : The Famous <b>Klebang</b> Coconut <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 06:30 PM PDT

Assalamualaikum.....

Kita cerita pasal makan2lah weekend nie yer. Ada yang tanya pasal Coconut Shake Klebang nie. Ok lah...kita entry sikit. Ini 2nd entry. First entry, sila godek2 archive blog kita nie yer...

The famous one. Klebang Coconut Shake. Oh, Uncle Lee di Kanada tu tak rindu Klebang ke?


Ini yang special punya. Kalau coconut shake biasa, dia blend air kelapa dengan isi kelapa dengan aiskrim vanila. Yeap..ais krim. So, ais krim yang manis, lemak dan wangi tu adalah perasa yang perfect untuk coconut shake ni. Tak perlu gula tambahan, susu ker, atau perasa ker. Simple jer. Di kisar pula dengan air batu sehingga halus. Rasanya tak macam ice blended. Bila minum, rasa macam ice blended, tapi versi yang halus dan lemak. Sangat licin melalui kerongkong dan rasa macam tak puas bila minum. Lidah tak dapat nak detect apa2 yang jelas...cuma ada rasa seimbang yang sangat soothing. Ala2 rasa macam di pantai dengan kelengkapan mewah la kiranya walaupun khemah tu penuh padat dengan orang.
Oh yer...yang kat tepi jalan tu untuk tapaw (bungkus) jer yer. Kalau nak lepak2 dan menikmati kesegarannya terus daripada tong blender, silalah pandu masuk ke dalam lorong. Kemudian, pandai2 jolok untuk parking. Bagi meng'highlight'kan rasa shake nie, ada kuih muih kampung dan juga nasi lemak bungkus, Bila makan nasi lemak ni, terus rasa macam di tarik ke alam sekolah rendah kita. Sekolah rendah kita betul2 tepi laut di PD tu. Masa tu laut belum tambak lagi. So, waktu rehat, kita dengan kawan2 akan beli nasi lemak bungkus yang berharga 20 sen dan makan di meja kayu bawah pokok tepi pagar sebelah laut. Kalau time air pasang dan angin kuat, sampai air laut tu terpercik pada kami. Anyway...nasi lemak bungkus di Klebang nie betul2 sama rasa macam di kantin sekolah rendah tu. That was about 30 years different. Phewww..!!
Pilihan Adam. Keropok lekor. Yang peliknya, kalau balik Kuantan, x nak pula dia hadap keropok lekor ni.

Dah makan, sila beratur untuk bayar.

Kuih2 di susun atas meja dalam bakul2 sempoi jer. sendiri pilih, sendiri ambik yer. Layan diri.
Review pendek jer...tak boleh duduk lama2. Sakit lagi pinggang dan tulang belakang kita nie.... Aduihhhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads