Sabtu, 29 Jun 2013

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sakit mata lihat budak sekolah berpelukan <b>di Sungai Rambai</b>

Posted: 30 May 2013 09:38 PM PDT

Masalah itu perlu diambil tindakan segera berikutan ia boleh mencemarkan imej air terjun berkenaan.

Masalah itu perlu diambil tindakan segera berikutan ia boleh mencemarkan imej air terjun berkenaan.

PENDANG – Air Terjun Bukit Perak atau turut dikenali sebagai Sungai Rambai dikatakan sering menjadi tumpuan pelajar ponteng sekolah berikutan dikatakan merupakan port pilihan terutamanya yang mempunyai pasangan kekasih.

Tinjauan Sinar pagi kelmarin mendapati beberapa pelajar perempuan berpakaian sekolah bersama teman lelaki masing-masing keluar dari bahagian tingkat atas air terjun kira-kira jam 1 petang.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli berkata, dia sakit mata dan kecewa melihat tingkah laku pelajar-pelajar perempuan berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing.

Gejala berkenaan semakin menjadi-jadi terutamanya di bahagian tingkat atas air terjun memandangkan ia dikelilingi hutan dan jauh dari pandangan orang ramai.

"Mereka akan masuk di tingkat atas dan akan turun pada waktu sekolah tamat.

"Pada waktu cuti sekolah sekarang kebanyakan pelajar perempuan berpakaian sekolah akan datang ke sini, mungkin mereka ponteng kelas tambahan atau tuisyen yang dianjurkan pihak sekolah. Dan seperti biasa pasangan mereka awal-awal lagi sudah menanti di sini," katanya.

Menurutnya, dia pernah menegur perlakuan pelajar-pelajar berkenaan, namun respons negatif yang diterimanya.

"Mereka marah saya, marah sebab saya campur urusan mereka.

"Saya sedih melihat perangai anak-anak muda sekarang. Terlalu leka dengan cinta hingga lupa semuanya," katanya.

Rusli berkata, pekerja di situ tidak mampu berbuat apa-apa, dan dia berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan serius menangani gejala berkenaan.

Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai Bibah berkata, semua pekerja jarang naik ke air terjun bahagian atas kerana malu dengan perlakuan pelajar-pelajar berkenaan.

"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan serius kerana gejala ini saya lihat boleh merosakkan imej tempat ini," katanya.

Terima kasih kerana sudi "LIKE" dan "SHARE" pada berita yang anda baca >>
Jika anda suka membaca artikel ini, sila tinggalkan comment atau kongsikan pada rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads