Rabu, 26 Jun 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Family Day KWSP <b>di Tanjung Bidara</b> Beach resort - Everything bout <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2013 07:07 PM PDT

assalamualaikum uols... weekend lepas masa semua orang berkurung dalam rumah sebab jerebu kami sekeluarga pulak ke Tanjung Bidara Melaka kerana opis cik suami ada family day kat sana.
gigih aku bangun pepagi sebab nak siapkan order lasagna dari mimy dan beberapa bekas macaroni cheese. pastu siapkan pulak bfast utk suami dan anak2. kalu nak jalan2 aku suka isi perut diorang ketat2 dulu. jadi takde la merengek kelaparan dalam perjalanan nanti. rayyan lagi la kalu berjalan selera makan mesti down. nak makan menda2 merepek je... grrrrr...

 kalu dah namanya family day mesti ada acara sukaneka.. aku sempat snap 2 acara je yang suami aku masuk. makan epal dan tarik tali je, yg lain tak sempat sebab aku dah hangkut anak2 masuk chalet sebab nak siapkan diorang untuk diner pulak. masa ni dah 6.30 petang. nak siapkan sorang bukan sekejap. bertarung berdrama, menari bagai dengan diorang nie... anak2 aku xde masuk acara pun sbb kecik lagi. maunya kena himpit kat budak2 lain yg besar2.

 aku syak mesti suami aku beberapa kali terkentut dalam acara tarik tali nih...

 diner bbq tepi pool. weehhhh penat aku dok monitor yaya sepanjang diner ni. asyik nak jalan tepi kolam jer...pastu nak tepuk2 air kolam tu, seriau aku tau.. kang tak pasal2 jadi drama pulak yaya jatuh kolam. sgt2 aktif tak penat langsung si yaya nih. aku la yg ngekor dia. mesti mak pak lain heran tgk aku.sampai ke celah meja diorang aku dok hendap yaya. adehhh laaa...

 nasib baik bawa safiq, dia bole jadi fotographer dan jugak tolong monitor anak aku... kalu tak susah nak snap gambar famili nih.

 tetiba nama cik suami di announce. yaya menang!!! korang tau yaya menang apa???


yaya menang kategori bayi perempuan comel...  dapat rm100 yeayyyy...
 nasib baik la ada safiq ni layan rayyan mandi pantai masa suami tengah bersukaneka... ayooo tunggang langgang gambar aku. korang tak kisah pun kannn...
 ni masa bfast sblm bertolak balik KL. budak paling comel.... yer ke??? penat ummi tau dok kejar yaya semalam..
 yang ni pulak budak paling cengeng. kejap nak tu ..kejap nak ni.... kejap nak kokokrunch, kejap nak nasi lemak....
 giler teruk jerebu masa ni. tak nampak apa pun kt laut... wpun guna DSLR gambar cam blurr jer...

 dua2 aku sayang sangat2. tengok rambut yaya kena tiup angin...

yaya ni asyik nak berjalan je, nak amik pic pun susah...

rayyan pegang yaya sbb nak bergambar bersama
 giler susah nak ambil gambar 2 beradik ni. yaya nak melarikan diri je. jenuh rayyan tarik adik dia. nasib baik berjaya jugak snap pic diorang ni.

 ni chalet yang kami duduk. serius aku suka dengan design chalet ni.  mula berangan nak buat rumah camni kat kampung nnt, sangat2 comel untuk kami 4 beranak...
ok ni senario biasa. bila bawa 2 beradik ni stay hotel/chalet, diorang ni yg akan buat checking semua bilik, toilet. cek telefon semua.
#malas nak berepisod2, semua taram dalam satu entry jer... walaupon gambar banyak giler...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads