Jumaat, 28 Jun 2013

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


NO SURPRISES: Masjid <b>Tanjung Kling</b>

Posted: 24 Jun 2013 07:03 AM PDT

Sempat ke masjid ni untuk program kemasyarakatan dalam 3 minggu lepas. Kagum melihatkan masjid lama ini utuh, masih kuat tidak di makan zaman.
Menurut cerita ahli jawatan kuasa masjid, masjid ini dibina selepas menara itu dinaikkan. Menara itu dibina dalam tahun 1921 atau 1930. Ada diletakkan tahun dibina di depan menara. Apa yang unit dengan menara ni adalah ia dibina menggunakan pasir pantai dan putih telur. Hebat sungguh kejuruteraan masa lampau. Masih kekal teguh berdiri hingga sekarang.
Dalam masjid ada 4 tiang dari pokok belian, masih teguh berdiri hingga kini. Tiang tersebut diukir menggunakan tangan.  Yang mengagumkan adalah, bagaimana tiang sebesar dan seberat itu dinaikkan pada zaman yang serba kurag teknologi.
Cukup mengasyikkan mendengar sejarah masjid ni dari pihak jawatan kuasa surau.
Sapa yang berminat boleh lah melawat masjid berkenaan yang terletak di Tanjung Kling, Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads