Ahad, 9 Jun 2013

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Pepahat Masak Cili Api Pilihan Menu <b>Di Umbai</b> - Blog Cikgu Hairul

Posted: 28 Mar 2013 06:43 PM PDT

Pedas lagi menyengat. Itu ungkapan pertama apabila pepahat masak cili api mencecah lidah. Ini kali pertama saya jumpa menu seperti itu. Tengok benda belik, mulalah nak mencuba.
InstaPlaceImagePepahat rupanya macam batang pensel. Mempunyai cengkerang yang keras. Isinya lembut. Ia mungkin dari keluarga kepah cuma bentuknya je yang panjang.

Pada mulanya saya tak tahu nak pilih apa nak makan. Tapi pelayan kat Medah Selera Ikan Bakar Umbai yang peramah tu tak henti-henti promote pepahat masak cili api. Rupa-rupanya memang sedap.

Oleh kerana saya nak mencuba, saya cuma ambil 300gm je. Lepas ni kena ambik sepeket. Harganya RM20. Memang puas makan dengan nasi panas-panas.

Tak rugi pegi Melaka kali ini. Walaupun cuma menyinggah, ia sangat berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads