Selasa, 30 Julai 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


4 Maut Kereta Bertembung <b>Di</b> KM 38.5 Jalan Air Panas, Kesang <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 05:23 AM PDT

- Saturday: 2012-11-03 20:23:55'.


+++++

+++++

Jenazah 4 mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 38.5, Jalan Air Panas, Kesang-Jasin, Melaka, malam tadi, dikebumikan selepas waktu Zohor.

Allahyarham Hairulnizam Alias, Mohd Shahir Mat Sahat  dan Mohamed Izzudin Usop dikebumikan di Felda Bukit Singgeh, Jasin.

Manakala Allahyarham Mohd Hafiz Helmi dikebumikan di Kampung Kesang Tua.

Jenazah keempat-empat mangsa dituntut keluarga masing-masing di bilik mayat Hospital Jasin tengahari tadi.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, kereta yang dinaiki Mohd Hafiz Helmi bertembung dengan kereta yang dinaiki Hairulnizam, Mohd Shahir  dan Mohamed Izzudin.

2 mangsa maut di tempat kejadian, manakala 2 lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

Punca kejadian masih dalam siasatan polis.

+++++++++++++++++

Empat Maut Dalam Nahas Kereta Dirempuh Kereta Dipandu Pelajar 14 Tahun

Mohd Hafiz Helmi,

JASIN, 3 Nov (Bernama) — Tindakan pelajar tingkatan dua yang memandu kereta bapanya mengundang padah selepas keretanya merempuh sebuah kereta lain dan menyebabkan dirinya dan tiga yang lain maut dalam nahas jalan raya di Km38.5. Jalan Air Panas-Kesang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata mereka yang maut dalam kejadian 11.15 malam itu ialah pelajar itu, Mohd Hafiz Helmi, 14; pemandu sebuah lagi kereta Mohd Shahir Mat Sahat, 27, serta dua penumpangnya, Hairul Nizam Alias, 34 dan Mohammad Izzuddin Usop, 21.

Beliau berkata kereta yang dipandu Mohd Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta yang dipandu Mohd Shahir yang datang dari arah Kesang ke Air Panas.

Mohd Shahir dan Mohd Hafiz yang masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hairul Nizam dan Mohammad Izzuddin meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin, katanya dan menurutnya kesemua mayat dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Katanya tindakan boleh diambil terhadap pemilik kereta yang mengizinkan individu tidak mempunyai lesen menggunakan kenderaannya.

Sementara itu, kakak Mohd Shahir, Nur Shahirah, 32, berkata arwah merancang berkahwin dengan tunangnya pada Jun tahun depan.

Ketika kejadian adiknya itu membawa kereta milik suaminya, katanya ketika ditemui di hospital itu.

Ibu Hairul Nizam, Noriah Md Dim, 62, berkata dia amat terkejut dengan kejadian menimpa anak ketiga dari lima beradik itu bagaimanapun reda dengan ketentuan tersebut.

"Selalunya makcik baca berita kemalangan menimpa nasib keluarga orang lain tetapi hari ini berlaku kepada makcik," katanya dengan nada sayu dan menurutnya anaknya itu bekerja sebagai pemandu pelancong.

+++++

+++++

Kereta Dipandu Mangsa Terbabas

Tindakan seorang remaja  berusia 14 tahun memandu kereta milik bapanya membawa padah, apabila terbabit dalam kemalangan, yang bukan hanya meragut nyawanya, malah 3 yang lain.

Kemalangan berlaku di kilometer 38.5, Jalan Air Panas, Kesang-Jasin, Melaka Tengah, 11.15 minit semalam.

Mereka yang maut, Mohd Hafiz Helmi, 14, Mohd Shahir Mat Sahat, 27, Hairul Nizam Alias, 34 dan Mohammad Izzuddin Usop, 21.

Kereta yang dipandu Mohd Hafiz, yang datang dari arah Bemban menghala ke Kesang, dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas dan merempuh kereta yang dinaiki Mohd Shahir, Hairulnizam, dan Mohamed Izzudin.

Mohd Hafiz dan Mohd Shahir yang tersepit di tempat duduk pemandu maut di tempat kejadian.

Manakala Hairulnizam, dan Mohamed Izzudin pula meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

Jenazah keempat-empat mangsa dituntut keluarga masing-masing di bilik mayat Hospital Jasin tengahari tadi.

Allahyarham Mohd Shahir, Hairulnizam dan Mohamed Izzudin dikebumikan di Felda Bukit Singgeh, Jasin.

Manakala Allahyarham Mohd Hafiz dikebumikan di Kampung Kesang Tua.

Short URL: http://din.huluselangor.net/?p=21602

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads