Selasa, 16 Julai 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


50 peniaga melayu <b>di klebang</b> melaka hilang mata <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 14 Jul 2013 07:49 PM PDT

HEBAT APABILA MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU YANG MEMPUNYAI BUAH FIKIRAN NAK PATENKAN MASAKAN ASAM PEDAS...MULA-MULA NAK TUTUP JONKER WALK.. TERKINI PARA PENIAGA MELAYU KENA HAMBAT KELUAR DARI TAPAK NIAGA... HIDUP KETUANAN MELAYU!!!!... HIDUP UMNO!!!!.

KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran 1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Lebih  mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat.

Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan Dataran 1Malaysia dibuka.

Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog bersama diadakan.

"Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga.

"Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30 kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa satu tapak berjumlah RM150 sebulan," katanya semalam.

Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya, Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada pendapatan berniaga.

"Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di kawasan sekitar.

"Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh," katanya.

Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

"Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan.

"Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari raya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads