Jumaat, 5 Julai 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


lepas ni, nak pergi mana pulak?: makan sedap <b>di Masjid Tanah</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 06:20 AM PDT

Selain A`Famosa resort di alor gajah dan pantai tanjung bidara di melaka sebab lain saya akan singgah ke kawasan alor gajah dan masjid tanah adalah untuk melawat anak saudara saya yang sedang belajar di uitm lendu, melaka.
apabila melawat anak saudara saya di uitm lendu, melaka selain dari pusing-pusing di bandar melaka atau pantai tanjung bidara, pekan yang terdekat dari kawasan lendu adalah masjid tanah. jika ke masjid tanah ada dua lokasi gerai yang kami suka kunjungi untuk mendapatkan juadah minuman petang iaitu apam balik yang sedap di depan pasaraya family store yang sangat terkenal di bandar masjid tanah. pasaraya ini adalah tempat kebanyakkan pelajar uitm lendu untuk membeli barangan keperluan kerana harganya murah.

bagi kami apam balik yang dijual betul-betul dihadapan pasaraya tersebut sangat sedap dan juga walaupun  selepas sejuk pun iainya masih lembut untuk di makan jadi tidak kisah jika anda membeli untuk di simpan dan bawa balik ianya masih lagi lembut dan enak. dengan harga rm2.00 sekeping besar bagi kami apam balik ini memang puas untuk dimakan dan iainya memang lembut dan sangat sedap.

satu lagi makanan kegemaran kami di masjid tanah ini ialah kuih chara. lokasi jualan kuih ini ialah di stesen minyak petronas masjid tanah dan disini anda akan lihat ada deretan gerai menjual kuih dan air minuman. gerai kuih ini menjual pelbagai jenis kuih melayu untuk anda pilih. tetapi yang paling kami suka ada kuih chara yang dijual disini. kuih chara ini lain sedikit dari yang saya selalu makan di KL selain dari ianya di goreng dan ianya pula dijual dalam bentuk kepingan besar (macam kuih bakar) dan hanya dipotong apabila anda mahu. harga sekeping kuih chara ini ialah rm3.00. walaupun rupanya agak berbeza tetapi anda jangan terpedaya dengan rupa kuih ini kerana rasanya sangat lah sedap. iainya sesuai di makan pada bila-bila masa dan ianya masih sedap di makan walaupun selepas beberapa jam di beli.


kedua-dua gerai tersebut memang menjadi pilihan kami untuk mendapatkan makanan sebagai lapik perut sebelum kami kembali ke KL selepas melawat anak saudara yang belajar di uitm lendu ataupun sebagai makanan utama sekiranya malas untuk mencari tempat makan yang sesuai untuk kami sekeluarga kerana kedua-dua makanan tersebut sangat enak dan yang penting  masih lembut walaupun setelah beberapa jam selepas dibeli. mana tahu jika anda terlajak ke masjid tanah, melaka boleh mencuba makanan yang kami sebutkan ini. selamat mencuba :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads