Khamis, 25 Julai 2013

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Keputusan Pilihanraya Kecil <b>Merlimau</b> - BeritaTerkini

Posted: 02 Mar 2011 08:46 PM PST

Tiga hari sahaja lagi menjelang pilihanraya kecil Dun Merlimau.Calon parti politik yang bertanding masing-masing akan cuba pelbagai cara untuk berjumpa seberapa ramai pengundi untuk "menawan hati pengundi" sebelum tarikh pengundian pada 6 Mac 2011.

Seperti biasa, apabila berlaku pilihanraya kecil,masyarakat setempat pasti juga akan merasakan tempiasnya,.tidak terkecuali di kawasan Dun Merlimau ini.Setiap kawasan dan pelusuk di kawasan Merlimau ketika ini begitu meriah.Pada masa inilah rakyat dalam kawasan Dun Merlimau akan minta maca-macam, dan seluruh kepimpinan tertinggi parti politik akan turun padang untuk mendengar rintihan rakyat.

Berikut di bawah adalah calon Pilihanraya Kecil DUN N.27 Merlimau

  1. Roslan Ahmad (Barisan Nasional)
  2. Yuhaizad Abdullah.( PAS)

Kenali Roslan Ahmad

Roslan Ahmad merupakan Pengurus Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa UMNO Jasin. Beliau berkelulusan diploma pengurusan perniagaan. Manakala Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin merupakan ADUN Sungai Rambai.

Kenali Yuhaizad Abdullah

Merupakan Timbalan Yang di-Pertua PAS kawasan Jasin dan juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri. Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Pada pendapat anda, siapakah yang akan memenangi Pilihanraya Kecil Merlimau 2011 ini?

[poll id="175"]

Update!!!

Kedudukan terkini:

N27 Merlimau

BN 5962
PAS 2319

Calon BN Menang majoriti 3,643 undi

Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads