Sabtu, 20 Julai 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


thepartykru: vintage wedding buffet <b>di sungai udang</b>, melaka

Posted: 21 Jun 2013 01:16 AM PDT

                                          

Assalam,

ini adalah buffet yg paling saya suka, yg paling besar pernah saya kendalikan (400 orang), tuan rumah sgt baik, makan tak henti2 haha, margin order yg paling besar sepanjang saya berkecimpung dalam bidang cokelat ini, dan first time saya mendapatkan bantuan part timer utk cucuk buah & marshmallow sebab byk sgt haha, buah dekat 200 cucuk, marshmallow 200-300 cucuk jugak.. tq ika & ibu (tau mesti baca ni kan...)

yg order adalah pengantin lelaki, zaihasri, sgt baik, berbudi bahasa dan sgt menghargai orgnya.. pengantin perempuan, muna, saya jumpa masa hari kejadian, tapi saya tau bahawa dia pun baik, sopan santun orgnya, dan betullah bahawa "orang yang baik itu, jodohnya pun orang yang baik juga"..

zaihasri order dari bulan Januari 2013, lepas tu dia baik sgt dia yg ingatkan saya "kak, saya nak bayar payment saya, senang sikit akak nanti" padehal baru bulan 4 masa tu, dia bersanding bulan 6. x byk songeh, yg dia nak kaler peach + cream, vintage style..

masa sampai utk set up hujan x berapa nak menyebelahi sgt, first time set up buffet dlm hujan nak melebat, tetapi, ha cuaca cantik sgt masa dorg bersanding..

booth kami memang x sempat nak tgk booth org pun, org beratur sepanjang booth. ada yg muka stress sgt  masa beratur kenapalah marshmallow da habis, buah da habis, takut x dapat makan haha.. ada yg tanya, "kena bayar ke ni?".. rupanya ada yg ingat kitorg jual kena bayar la haha.. ada yg saya nak celupkan cokelat tak nak geleng2 kepala, rupanya nak try celup sendiri.. ooh.. haha.. silakan.. pengantin dah bayar ok jer... kanak2 jgn cakap lah, ulang alik gembira betol dpt candy dll.

kesimpulannya, anak saya, sgt2 happy jaga booth, rupanya dia suke kerjaan begitu. gigh dia top up candies, jellies, chocos, marshies, buah.. syukur ada assistant..

kepada zaihasri & muna dan keluarga, terima kasih daun keladi.. nanti dah ada baby boleh order lagi ehhhhh....

terima kasih. saya boleh tau client mana yg betul2 menghargai kerja saya.. zaihasri bagi saya hamper besar utk org karaoke, goodie bag vip lagi.. sebenarnya bukan hadiah tu yg membuatkan saya memuji, tapi, itulah saya dapat merasakan siapa yg benar2 menghargai hasil kerja saya. bila dah berpenat-lelah, biasanya ucapan terima kasih yg betul2 ikhlas dari tuan rumah dah mencukupi..

meja buffet clear dalam masa 2 jam dr 12 tghr- 2 petang. tapi kitorg stay jugak sampai pukul 3 sampai lepas bersanding.. ada ramai yg dtg pastu keciwa, so sorry semua brg2 back-up pun habis..

so selamat melihat gambau (org melaka katenyeee) ye...

wedding buffet vintage theme
chocolate fountain & candy buffet























ok sweet sgt kaler tema ni..
kepada zai + muna. semoga berbahagia ke anak cucu. dorg ni matriculation - university sweethearts.. sweet kan.. so happy to serve at your wedding.. bye.. tq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads