Jumaat, 26 Julai 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


349 asnaf <b>di</b> DUN Klebang, <b>Sg</b>. <b>Udang</b> terima bantuan Ramadan

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

MELAKA 10 Julai - Sebanyak 349 golongan orang kurang upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dan Sungai Udang menerima sumbangan persediaan Ramadan dan beras fidyah daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Setiap penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang menerima sebanyak RM300 serta beras.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Sazali Che Din di Dewan Japerun Sungai Udang di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin.

Sazali berkata, kesemua bantuan itu dapat disalurkan dengan betul dan teratur kerana kerajaan mempunyai pengurusan serta pentadbiran stabil.

Beliau berkata, sumbangan itu menunjukkan kerajaan sentiasa peka dengan masalah rakyat dan memastikan golongan yang memerlukan sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

Menurutnya, setiap tahun MAIM akan menyumbang zakat kepada golongan kurang berkemampuan.

"Semua ini dilakukan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan menghadapi Ramadan.

"Kali ini, MAIM mengambil pendekatan proaktif dengan mendahulukan perbelanjaan fitrah sebelum duit-duit zakat fitrah dikutip," katanya kepada pemberita di sini dalam program tersebut.

Sazali berkata, semua bantuan itu diagih-agihkan bertujuan meringankan beban rakyat dalam menjalani ibadat puasa.

Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari baharu <b>di Sungai Udang</b>

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

MELAKA 3 Jun - Sebuah tapak pelupusan sisa pepejal sanitari baharu bernilai RM49.9 juta di Sungai Udang di sini dijangka siap sepenuhnya September tahun depan bagi menggantikan tapak pelupusan di Krubong yang bakal penuh tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, tapak pelupusan baharu di kawasan seluas 12.14 hektar itu kini dalam pembinaan dan dijangka dapat menampung bahan buangan sehingga 900 tan sehari.

"Sehingga hari ini, sebanyak 23 peratus kerja pembinaan berjaya disiapkan dan keseluruhan projek dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 1 September 2014," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat dan lawatan ke tapak cadangan projek tersebut di Sungai Udang, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Sisa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Zainuddin Abdul Samad serta wakil kontraktor.

Jelas Ismail, pihak kerajaan negeri berharap kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak Oktober tahun lalu dapat disiapkan tepat pada masanya bagi mengelak berlakunya masalah.

"Jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan Krubong pada masa ini menerima sampah sebanyak 1,400 sehingga 1,500 tan sehari iaitu melebihi jumlah yang sepatutnya sebanyak 900 tan sehari.

"Oleh yang demikian, tapak baharu ini perlu disiapkan dalam tempoh tersebut kerana tapak pelupusan lama itu hanya mampu digunakan bagi tempoh 15 bulan sahaja dari sekarang sebelum ia penuh," katanya.

Katanya, jumlah sampah juga dijangka meningkat melebihi 1,400 tan sehari dalam masa setahun dari sekarang memandangkan jumlah rumah dan penduduk bertambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads