ads

Rabu, 14 Ogos 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Tiga Maut Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai <b>Di Ayer Keroh</b>

Posted: 10 Aug 2013 09:13 PM PDT

MELAKA: Tiga maut dan seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Ayer Keroh awal hari ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Ahmad Adnan Basri berkata kemalangan berlaku pukul 3.30 pagi apabila kereta yang dipandu Chong Jun Wen, 19, menuju ke Jalan Tun Razak terbabas ketika melalui selekoh berhampiran Stadium Mini Bistari.

Kejadian itu meragut nyawa Chong serta dua rakannya Wong Wei Hao, 22, dan Ng Kee Kang, 20, dipercayai akibat lemas, manakala Liew Yu Yang, 20, mengalami kecederaan pada kaki kanan, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Ahmad Adnan, semua mangsa berasal dari Parit Keliling, Asahan, Jasin dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata semua mayat berjaya dikeluarkan oleh Unit Skuba Bomba Melaka pada 4.15 pagi dan mayat dihantar ke Hospital Melaka.

Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari Balai Bomba Ayer Keroh, katanya.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved