Jumaat, 16 Ogos 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Himpunan Black 505 <b>di Bukit Katil</b>, Melaka malam ini <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 09:01 PM PDT

BUKIT KATIL, 24 MEI: Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Hairiz Nordin memaklumkan, himpunan Black 505 Melaka kekal diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil.5-24_Melaka

Menurut Hairiz, lokasi program dipindah dari pejabat KEADILAN Melaka di Taman Bukit Piatu, atas nasihat pihak keselamatan.

"Ini kompromi kami dengan nasihat pihak berkuasa. Himpunan ini hanyalah himpunan aman. Sebelum ini pun himpunan Black 505 telah dibuat diseluruh negara.

"Tidak ada apa-apa masalah," kata Hairiz sambil menggalakkan orang ramai datang lebih awal untuk mengelak kesesakan.

Menurut Hairiz, jentera Angkatan Muda KEADILAN Melaka dan Unit Amal akan membantu lalu lintas dan keselamatan bagi menjayakan progam Himpunan Black 505 Melaka, yang akan bermula jam 8 malam ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menyampaikan ucapan malam ini ialah Ketua Umum KEADILAN , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52455

politik dendam kesumat!!!!!!..tok ali kalah <b>di bukit katil</b> <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 01 Jul 2013 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 JULAI: UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka.

Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.

"Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Utusan Malaysia membongkar kebenaran bahawa yang menutup pasar Ramadan, yang menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan adalah UMNO-Barisan Nasional (BN) Melaka.

"Konteks kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini amat jelas tetapi telah dengan sengaja disalah tafsir dengan tujuan jahat.

"Saya menyindir Ketua Menteri Melaka kerana memberi alasan tidak wajar bahawa pasar malam Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas," jelas Pua lagi.

Mengulas lanjut, Pua berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan itu kerana ia akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup dan bukan sahaja di Jonker Walk dan Taman Cempaka.

"Ini sekadar tindakan politik balas dendam Ketua Menteri Melaka yang baru dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam," katanya.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads