Sabtu, 24 Ogos 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


al-brangi Online: &#39;Samsu haram jadah membuak&#39; <b>di Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2013 04:30 AM PDT


Pertama, saya mesti jelaskan, posting ini bukan bertujuan menghentam atau bahasa kasarnya mencari gaduh dengan PKR, pendokong PKR atau penyokong PKR.

Posting ini sepatutnya dibuat malam tadi.....tapi ketika itu api kemarahan membuak-buak seperti 'samsu haram jadah' di Bukit Katil itu membuak-buak......tapi memandangkan tiada seorang pimpinan tertinggi memberi komen atau respon kepada status di atas secara langsung atau tidak langsung atau kepada 'samsu haram jadah' di Bukit Katil yang mula membuak-buak masam itu sendiri sehingga ke saat ini maka saya sebagai ahli yang sah Parti Islam SeMalaysia (PAS) rasa terpanggil untuk memberi sedikit respon kepada Mamat itu.

Saya amat memahami pimpinan tertinggi mungkin mengambil jalan berdiam diri bukan kerana takut tapi lebih bersikap untuk tidak mengeruhkan lagi suasana......serahlah kepada saya yang tidak berkepentingan apa-apa dalam parti dan saya rasa saya mempunyai hak untuk bersuara.

Ramai sahabat-sahabat menghantar message supaya jangan dibuat posting......saya ucapkan terima kasih di atas nasihat tersebut tetapi saya memikirkan si Mamat itu lebih tidak patut menghentam Presiden sebuah parti dalam Pakatan yang kita sama-sama dokong dalam Ucaptama dan di dalam Kongress.

Selaku pemimpin yang berwibawa (kot pun berwibawa...jangan jadi taik sawa sudahlah) dia tidak akan menggunakan flatform Kongress lebih-lebih lagi di dalam Ucaptamanya.

Saya tidak hairan atau kisah kalau dia merungut dalam twitter, facebook atau blog......tapi biasanya Ucaptama seseorang dalam Kongress Parti selalunya akan menyerlahkan visinya untuk menjuruskan halatuju parti sendiri bukan untuk mencari publisiti murahan dan mensensasikan pendengar agar bersetuju dengannya.

Saya merasakan flatform yang sesuai untuk mengurangkan 'membuak'nya samsu haram' itu ialah di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Saya amat insaf bahawa seorang manusia tindak sunyi dari membuat kesilapan kecuali para Aulia 'Alaihumussalam tu Wassalam....itu pun jika ada kesilapan tidak lain untuk memberi manusia atau umatnya mengambil pengiktibaran.

Saya ulang sekali lagi......kenapa si Mamat ini menggunakan Ucaptamanya di dalam Kongress Parti untuk meng'hentam' seorang Presiden Parti sePAKATAN?

Saya masih teringat seorang pemimpin (?) wanita menggunakan Ucapatamanya di dalam flatform parti di Perhimpunan Agung partinya untuk mempertahankan diri sendiri dari serangan 'lembu-lembu' liar.

Inilah mentaliti kedua-dua pemimpin (?) yang ingin bertapak lebih jauh mungkin menggunakan apa-apa 'avenue' untuk mensensasikan keadaan.....maklumlah baru jadi 'giantkiller'.

Bercakap pasal 'giantkiller'......pada mulanya ter'hairan'lah jugak bila menang dengan penyandang Ketua Menteri yang berpengaruh......tapi bila melihat akan kewibawaannya...percayalah pemimpin jenis 'Cap Ayam' ini tak akan pergi jauh.

Saya berpendapat dengan kemenangannya serta dengan 'perasann'nya...'akulah' yang paling hebat konon......seharusnya semasa Kongress itulah dia menggunakan Ucaptamanya untuk melonjakkan dirinya dengan visi yang lebih 'menakjub'kan sesuai dengan tagline 'superhero' yang sesetengah penyokong beri padanya.

Saya ingin mengingatkan posting ini bukan satu posting bertujuan menyerang PKR sebagai sebuah parti tetapi hanya semata menyerang si mamat ini secara peribadi kerana peribadinya yang seolah-olah 'samsu haram jadah sedang membuak'.

Saya amat menyanjungi Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbukti semasa pertemuan beliau selaku Menteri Pertanian pada tahun 1984 di Tsukuba, Jepun dengan kami yang sedang menghadiri kursus di dalam perkhimatan amat tersentuh hati kami dan hati orang-orang Jepun bilamana beliau hanya bersolat di atas karpet di bilik Pengarah Latihan Tsukuba.......sehingga Pengarah itu sempat membisikkan kepada kami, "You have an excellent and intelligent Minister.....his wife as well.".....Arigato Gozaimasuta Mr. Director.

[sumber .]

al-brangionline:

Campakkan ego....mintak maaf...case closed.....
Blog ini pun akan buat begitu......tunggu dan lihat episod seterusnya.

p/s posting ini dibuat tanpa desakan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak......ia terbit dari kesedaran sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads