Khamis, 29 Ogos 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Kes surau: elok jangan terlebih “emo” - A. Kadir <b>Jasin</b>

Posted: 16 Aug 2013 12:17 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAP2ABzA-71ct4HSNG97Sack472eyrxOY04kJ7Bmt1XlOyDwVSGoglDfezNWNveXAJdQgeQwVpIVN78WdaDoMS9BBBbVK9b89v5Efts-POrsxN6wtmAl0XNZ-bZHW2DNPNJjgBINokG_M/s320/sedilisurau.jpg 

Bagi orang muda, orang kurang baca, orang yang umpama katak bawah tempurung dan orang yang pandai menangguk di air keruh, khasnya di kalangan generasi Internet, ia adalah isu emosional kelas dunia. 

A. Kadir Jasin 

Ada juga baiknya jadi binatang purba (dinosaur) yang tidak pupus macam saya. Banyak yang telah dilihat, didengar dan dicakapkan.

Jadi saya tidaklah "emo" berlebih-lebih sangat sampai mendedahkan diri kepada serangan jantung dan strok.

Bagi dinosaur macam saya, soal kiblat tak betul atau orang bukan Islam "sembahyang" di dalam surau atau masjid bukanlah perkara baru.

Tapi bagi orang muda, orang kurang baca, orang yang umpama katak bawah tempurung dan orang yang pandai menangguk di air keruh, khasnya di kalangan generasi Internet, ia adalah isu emosional kelas dunia.

Soal surau, masjid dan orang solat tak ikut kiblat atau kurang tepat kiblat bukanlah perkara baru atau asing. Puncanya banyak orang Islam tidak saintifik, malas belajar dan malas berfikir.

Banyak lagi orang Islam Malaysia, bila kita tanya mana arah kiblat, mereka kata, matahari turun atau matahari jatuh. Bukan Kaabah tetapi matahari jatuh. Mereka tidak tahu kalau mereka pergi ke Eropah mereka kena sembahyang menghala matahari naik.

Mungkin mereka tidak sedar atau tidak ambil peduli bahawa bila sembahyang di depan Kaabah ada kala mereka menghadap ke arah matahari naik, ada masa menghadap ke arah matahari turun, ada masa ke arah utara dan ada masa ke arah selatan.

Sampai hari ini pun ada lagi orang Islam Malaysia yang ubah kiblat ikut pergerakan matahari. Inilah akibat kita diajar sembahyang menghala matahari turun dan guna bayang untuk tentukan masuk waktu sembahyang.

Itu cara lama. Cara sebelum ada kompas, sebelum ada peta Google dan sebelum ada takwim. Malangnya, setelah ada kompas khas Kaabah dan peta Google pun ada lagi orang kita yang tidak tahu yang matahari bergerak mengikut musim dan kedudukan Malaysia bukan bertentangan dengan Kaabah.

Read more at: http://kadirjasin.blogspot.com/2013/08/kes-surau-elok-jangan-terlebih-emo.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads