Jumaat, 2 Ogos 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


CALON BN SERUPA NAJIB TAKUT BERDEBAT <b>DI MASJID TANAH</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 09:48 PM PDT


MASJID TANAH - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin (Emy) enggan berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) berikutan mahu fokus kepada kempen menjelang pilihan raya. 

Beliau berkata, jemputan debat politik Agenda Masjid Tanah pada 2 Mei depan itu bukan masa sesuai sebaliknya mahu menggunakan ruang yang ada untuk aktiviti turun padang.


"Saya rasa buat masa sekarang lebih baik kita fokus kempen, debat-debat lepas ni la. Baik berjumpa pengundi daripada berjumpa pemimpin Pas.


"Sebenarnya, program seumpama ini hanya membantu kemenangan BN. Mereka tiada isu sebab tu mereka mahu berdebat," katanya selepas program Klinik Skuasy bersama atlet skuasy kebangsaan, Mohd Azlan Iskandar di sini, semalam.


Terdahulu, Emy menerima surat jemputan menyertai debat bersama calon Pas Parlimen Masjid Tanah, Mohd Nasaie Ismail jam 9 malam di Pekan Masjid Tanah yang disampaikan Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas Masjid Tanah, Zulkifli Mat Tan.


Dalam surat itu, Zulkifli berkata, Emy diberi masa menjawab surat yang dihantar secara serahan tangan itu pada atau sebelum Selasa  jam 4 petang.


"Debat ini dilihat sebagai platform terbaik bagi kedua-dua pihak membentangkan agenda masing-masing untuk kebaikan pengundi di kawasan Masjid Tanah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads