Selasa, 20 Ogos 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


ujang kutik: <b>MASJID TANAH</b> : TAHLIL & SELAWAT AZAMIAH

Posted: 10 Aug 2013 04:02 AM PDT



Suatu ketika dahulu seingat saya wirid Al-Tahlil, Selawat Azamiah dan Istighfar Al-Kabir adalah ' bacaan wajib' dalam mukaddimah doa dan 'perencah' doa di masjid dan surau di kampung-kampung di Negeri Sembilan.   
Wirid tiga serangkai tersebut 'adalah ' trade mark ' di masjid/surau di seluruh Negeri Sembilan ketika itu. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sangat sukar hendak mencari Imam masjid/surau yang mampu membawa dan memimpin bacaan-bacaan wirid tersebut ketika berdoa selepas solat berjumaah.
Ketiga-tiga wirid tersebut adalah zikir asas dalam amalan Tariqat Ahmadiyah. Karisma pendokong Tariqat Ahmadiyah di Negeri Sembilan ketika itu terlalu hebat sehingga menyebabkan mereka yang tidak mengamalkannya secara khusus (baiah) juga hafal dan membacanya ketika berdoa selepas solat samada di masjid/surau atau di rumah.
Ditakdirkan saya berpeluang mendengar dua dari tiga wirid asas Tariqat Ahmadiyah itu ketika solat subuh di salah sebuah masjid ( Masjid Al-Mujib) di Masjid Tanah, Melaka. Imam muda Masjid Al-Mujib itu memimpin doa dengan bacaan tahlil (3 kali), lafaz Allahu Akbar (4 kali) dan dikuti dengan bacaan biasa sebelum berdoa dan seterusnya ' mewarnakan' bacaan doa dengan membaca kalimah Selawat Azamiah.
Saya difahamkan bahawa penyebaran amalan Tariqat Ahmadiyah di Masjid Tanah, Melaka khususnya di Air Limau dan kawasan-kawasan sekitarnya telah dibawa oleh pendokong awal tariqat itu yang berpusat di Rasah, Negeri Sembilan. Di antaranya ialah Allahyarham Sheikh  Rashid dari keturunan Sheikh Muhammad Said Al-Linggi yang juga sangat terkenal di Singapura.
Namun demikian, tidaklah saya ketahui samada Imam muda itu pengamal (Ikhwan) Tariqat Ahmadiyah atau beliau cuma sekadar menghafal wirid asas tariqat itu melalui teks turun temurun yang diamalkan di Masjid Al-Mujib, Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
1.Tariqat Ahmadiah yang berpengkalan di Negeri Sembilan adalah di antara tariqat yang telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa agama di Negeri Sembilan untuk diamalkan.
2. Saya meminta maaf jika ada di antara terma, maklumat atau disiplin tariqat yang saya cuba sampaikan kurang tepat.
03 Syawal 1434H @ 10/8/2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads