Rabu, 21 Ogos 2013

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


The Regency <b>Tanjung Tuan</b> Beach Resort,Port Dickson - si gadis ayu

Posted: 08 Jun 2013 06:23 AM PDT

Tragedi ni berlaku pada tarikh 08 Jun 2013. Dimana cik Ain dan family menginap di apartment Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson. sebuah hotel yang cantik menghadap pantai dan kemudahan yang lengkap :)
parents cik Ain bertolak ke Port Dickson petang Jumaat. cik Ain bertolak lambat sedikit sebab atas urusan kerja di pejabat yang belum diselesaikan. jadi, parents cik Ain memilih hotel ni untuk jadi lokasi percutian singkat kami. parents cik Ain memilih apartment 2 bilik sedangkan parents cik Ain diberi yang ada 3 bilik oleh pihak hotel. pihak hotel pun kunci bilik yang satu lagi tu..
cik Ain sampai di Port Dickson pun dah malam, dekat pukul 9 dah. sebab jalan jammed dekat seremban.
malam tu, cik Ain ber-BBQ ngan family cik Ain. lepas selesai semua,cik Ain agak mengantuk awal plak malam tu dalam pkul 11 malam macam tu, cik Ain memilih untuk tido di bilik belakang berdekatan dengan pintu masuk..adik - adik cik Ain plak tido suka agak lambat sikit sebab biasala suka tonton tv & main game je kerjanya.. parents cik Ain tido awal jugak berbanding mereka.. cik Ain ingat, adik cik Ain akan tido bersama cik Ain di bilik yang sama rupanya mereka tido di ruang tamu..
tanpa sesiapa sedar, kejadian tu mungkin berlaku dalam pukul 1 hingga pukul 4 pagi..apartment cik Ain telah dipecah masuk oleh orang yang tidak dikenali melalui bilik yang dikunci tersebut..rupanya tingkap bilik tersebut tidak dikunci dan pintu bilik itu boleh dibuka dari dalam. ayah cik Ain kesan melalui kesan tapak kaki yang ada pada dinding luar bilik itu.. habis semua gajet smartpone hilang (s3,Xperia,Tab2,Lumia) bersama kamera DSLR milik adik cik Ain.. penyangak tu ambil! anggaran kerugian dekat 6k kot !
S3 cik Ain yang berada di tepi telinga cik Ain semasa tido pun di ambil tetapi cik Ain tak dapat menyedarinya.. tak tahu lah kalau penyangak tu menggunakan pukau! sebab cik Ain jenis yang senang terjaga kalau tido.. mesti cik sedar kalau orang ambil barang di sekitar cik Ain, tetapi malam tu, cik Ain tak sedar huhu hmm tapi biarpun cik Ain kehilangan gajet kesayangan cik Ain yang cik Ain beli sewaktu cik Ain memulakan kerja di Toyota dulu tetapi cik Ain bersyukur sebab tidak diapa-apakan oleh penyangak tu..
cik Ain rasa, tragedi ni macam dah dirancang dan selalu berlaku. sebab, setiap bilik yang ada di tingkat 1 tu, 
semua tingkap tidak berkunci dan dinding mempunyai tapak kaki.. cik Ain juga dapat tahu..  bilik sebelah juga kehilangan barang dan wang.. keluarga tu pun, memilih apartment yang 2 bilik jugak. penyangak tu macam dah tahu bilik yang mana pengunjung menginap hanya 2 bilik..
yang cik Ain peliknya, takkan pihak pengurusan hotel tak tingkatkan keselamatan untuk pengunjung apartment, sebab cik Ain rasa trgedi macam dah pernah berlaku.. dari segi cara mereka mengendalikan pengurusan hotel. di mana pengunjung yang menginap apartment 2 bilik diberi dengan apartment yang 3 bilik dan pekerja mengunci pintu bilik tersebut dari dalam bilik dan keluar masuk melalui  tingkap. teruknya pengurusan hotel macam ni..!! hmm tak pelah, perkara ni pun dah berlaku.. cik Ain redha dengan apa yang terjadi, mungkin ada rezeki yang lebih baik di masa akan datang...
sila perbaiki sistem pengurusan anda
jika anda tidak mahu kehilangan pengunjung
nama baik hotel juga tercalar jika ada kes yang sebegini
buat penyangak yang ambil barang keluarga kami
insaflah, sesungguhnya perbuatan itu
carilah rezeki yang halal..
tak kira di hotel ni atau di hotel yang lain
berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga
kerana kecuaian, pencuri yang kaya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads