di negeri melaka - Google Blog Search |
<b>Melaka</b>, <b>Negeri</b> Sembilan sokong - Utusan Online Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT Oleh AMRAN MULUP Rabiyah Ali, Norhayati Omar MELAKA 21 Ogos - Wanita UMNO Melaka hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini. Ketuanya, Datuk Rabiyah Ali berkata, kesemua enam bahagian Wanita UMNO di negeri ini telah membuat keputusan dan ketetapan akan memberi sokongan kepada Shahrizat untuk terus kekal memimpin pergerakan itu. Beliau yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO berkata, Shahrizat mempunyai kewibawaan untuk terus memimpin pergerakan itu berdasarkan pengalaman dan ketokohannya dalam tempoh sepenggal menjadi ketua. Atas prestasi cemerlangnya mengapa tidak kita memberi peluang sekali lagi untuk Shahrizat meneruskan kepimpinan dan menyambung segala usaha untuk memartabatkan semula Pergerakan ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil di Rumah Melaka, Bukit Katil di sini hari ini. Di Seremban, Wanita UMNO Negeri Sembilan hari ini turut menyatakan sokongan penuh kepada Shahrizat sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Sokongan itu adalah antara ketetapan yang dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Norhayati Omar di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini. Kata Norhayati, mesyuarat itumenggariskan tiga faktor utama yang mendorong mereka membuat keputusan tersebut selepas menilai kepimpinan Shahrizat dalam dua dimensi iaitu sebagai menteri dan sebagai pemimpin yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan. |
You are subscribed to email updates from di negeri melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan