ads

Sabtu, 31 Ogos 2013

di negeri melaka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


BETUL KE <b>NEGERI MELAKA</b> KINI SUDAH ADA <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 27 Aug 2013 09:10 PM PDT

Agak mengejutkan Omak Kau apabila diberitahu bahawa Negeri Melaka kini sudah ada Sultan.

Mula-mula sukar nak percaya sebab setahu Omak Kau Negeri Melaka sudah lama tidak mempunyai Sultan malahan kini diketuai oleh seorang pemimpin yang bergelar Yang DiPertua Negeri..

Kini Yang DiPertua Negeri Melaka ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tun Khalil Yaakub.

Apabila mendapat kiriman gambar individu yang mengaku sebagai "Sultan Melaka" dengan "Permaisurinya" yang sedondon berpakaian serba kuning yang mengelar dirinya DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Almarhum Y.A.M Raja Tuan Shah yang "mencemar duli" dalam meraikan anak-anak yatim di Kelab Cinta Sayang pada 22hb Ogos 2013 yang lalu sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Kalau diikut pada rakaman gambar, boleh tahan juga sambutan yang diberikan oleh rakyat jelata.

"Sultan Melaka" ini boleh "bertitah" lagi dengan kata-kata ..."Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini, Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan," kata Raja Noor Jan suatu ketika dulu yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

Adakah selepas ini nanti "Sultan Melaka" ini akan mengambil alih semua  peranan dan tugas Yang DiPertua Negeri Melaka?

Mohon ada tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib untuk menjernihkan keadaan yang mengelirukan ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved