Khabarkini: Kemalangan Ngeri <b>Di Alor Gajah</b> Posted: 21 May 2013 09:30 PM PDT ALOR GAJAH - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta Proton Saga Aeroback yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh besi penghalang lebuhraya di Kilometer 198 Lebuhraya Plus arah utara, di sini, petang kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Thian Zhi Long, 22, dari arah Johor menuju Kuala Lumpur. Jurucakap polis berkata, kereta dipandu mangsa dilihat terhuyung-hayang dan meluncur laju ke kiri jalan sebelum merempuh besi pengadang lebuhraya sehingga menghimpit bahagian kepala dan dada mangsa. "Rempuhan kuat itu mengakibatkan besi pengadang lebuhraya melekat pada cermin hadapan dan menghimpit bahagian muka mangsa menyebabkannya gagal bergerak untuk keluar dari kenderaan. "Sejurus kejadian, mangsa dilihat masih tetap di tempat duduk pemandu bagaimanapun hanya mampu melambai tangan keluar dari tingkap untuk mendapatkan bantuan orang awam," katanya. Menurutnya, beberapa orang awam membantu mangsa namun tidak boleh dikeluarkan sehingga bomba dan penyelamat tiba beberapa minit kemudian," katanya. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh PBK 2, Omar Md Jali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 2.18 petang. "Sembilan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian," katanya. Katanya, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas kecemasan menanggalkan pintu sebelah penumpang hadapan sebelum mengeluarkan mangsa yang cedera parah. "Bomba mengambil masa kurang tujuh minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah," katanya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. - Sinar Harian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan