ads

Ahad, 1 September 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di bukit katil - Google Blog Search


KEPUTUSAN PETISYEN PARLIMEN <b>BUKIT KATIL</b> DAN DUN <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2013 06:21 AM PDT

KEPUTUSAN PETISYEN PARLIMEN BUKIT KATIL DAN DUN BUKIT BARU DI KETAHUI 5 SEPTEMBER 2013.

Diberitakan bahawa keputusan petisyen keputusan PRU 13 untuk Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru akan diketahui pada 5 September 2013 nanti.
Seperti dimaklumi, Parlimen Bukit Katil menyaksikan kekalahan mantan KM Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau kalah kepada Ketua AMK PKR, Saudara Shamsul Iskandar
Akin. DUN Bukit Baru terlepas kepada PAS dan ia merupakan catitan sejarah buat PAS.Pertama DUN pertama PAS di Melaka dan keduanya majoriti terkecil iaitu 48 undi di dalam PRU DUN Melaka.
Pada amnya, BN mengemukakan 21petisyen manakala Pakatan Rakyat mengemukakan 39 pitisyen. Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Penulis mendapati kesemua keputusan oleh Mahkamah Pilihanraya mengekalkan kemenangan yang diperolehi oleh parti berkenaan. Setakat ini, Mahkamah  menolak permohonan petisyen (kecuali satu kerusi di Sabah) keputusan PRU disebabkan salah prosedur membuat petisyen.
Adalah dirasakan badan kehakiman perlu mengadakan kursus mengendalikan petisyen termasuklah kaedah mengisi borang. Penulis percaya  ia lebih praktikal kerana tidak berlakunya pembaziran masa mahkamah dan kewangan parti.Penulis dan mungkin rakyat ingin mendengar proses pengadilan.  Bagaimana penipuan dilakukan atau keadah pengiraan yang menyebabkan kesalahan dan sebagainya.
Penulis mengambil contoh borang penamaan calon SPR yang telah dimudahkan.Tiada lagi penolakan kertas percalonan yang di sebab teknikal melainkan status muflis dan cukup umur.
Jesteru itu, besar kemungkinan Parlimen Bukit Katil kekal milik PKR dan DUN Bukit Baru terus dimiliki PAS. BN akan dikenakan bayaran kos mahkamah. DS Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda  Negeri akan terus berjuang untuk parti.

Mungkinkah ini (menunggu keputusan petisyen) faktor sebenar mengapa Datuk Seri Mohd Ali Rustam belum dilantik ke mana mana GLC mahupun Agensi Kerajaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved