Sabtu, 21 September 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Tiada calon cabar Ali Rustam <b>di</b> bahagian <b>Bukit Katil</b> - Utusan Online

Posted: 19 Sep 2013 01:04 AM PDT

MELAKA 19 Sept. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dijangka tidak akan dicabar sekali gus akan kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil sejak 2003 menjelang pemilihan bahagian Oktober ini.

Setiausaha UMNO Bahagian, Datuk Md. Sirat Abu berkata, setakat ini tidak ada calon di kalangan ahli bahagian itu yang menawarkan diri untuk mencabar kedudukan Mohd. Ali selaku Ketua UMNO bahagian itu.

Bagaimanapun katanya, bagi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua menyaksikan pertanding dua serta tiga penjuru.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunus Husin yang juga ahli Exco kerajaan negeri yang mempertahankan jawatan Timbalan akan dicabar Naib Ketuanya, Datuk Asari Ibrahim.

"Bagi jawatan Naib Ketua yang dikosongkan Asari pula menyaksikan persaingan tiga penjuru melibatkan AJK bahagian, Prof. Datuk Dr. Mohd. Rudin Abdul Ghani; Naib Ketua Cawangan Pendamar, Datuk Hasnoor Sidang Husin dan Ketua Cawangan Taman Bukit Katil, Abu Bakar Sahbudin,'' katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Md. Sirat berkata, bagi jawatan Ketua Wanita yang kosong apabila penyandangnya Datuk Azizah Sultan tidak akan mempertahankan jawatan, menyaksikan persaingan dua penjuru.

Beliau berkata, dua calon yang menawarkan diri ialah Ketua Wanita Cawangan Peringgit, Kalsom Nordin dan Ketua Wanita Cawangan Bachang Darat, Noridah Mat Isa.

Ujarnya, bagi jawatan Ketua Pemuda pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila penyandangnya, Karim Yaacob tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Mereka yang menawarkan diri katanya terdiri daripada Pengerusi Majlis Gerakan Belia (MGBM) Bukit Katil, Razak Abu Hasan; Exco Pemuda bahagian, Rohazam Bakar dan Ketua Pemuda Cawangan Pengkalan Batu, Effendy Dahalan.

"Jawatan Ketua Puteri juga juga turut ditandingi apabila penyandangnya, Azlinda Zubir tidak mempertahankan jawatan kerana melebihi had umur," katanya.

Katanya, jawatan itu akan ditandingi dua calon iaitu Ketua Puteri Cawangan Bukit Piatu, Zalina Ismail dan Ketua Puteri Cawangan Baroh Bachang, Aisyah Mahmood.

Md. Sirat berkata, setakat ini lebih 200 borang pendaftaran peringkat Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri telah diambil oleh calon-calon yang ingin bertanding. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads