Khamis, 12 September 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Polis Hilang Sengat Selepas Ordinan Darurat dan ISA Dimansuhkan

Posted: 10 Sep 2013 07:13 AM PDT

September 10, 2013   ·   7 Comments

kadir

Oleh Nur Azlina Shaari

Tokoh wartawan negara dan bekas Panel Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, Datuk A. Kadir Jasin hari ini menyatakan bahawa manusia yang mendesak pemansuhan Ordinan Darurat atau Emergency Ordinance (E0) adalah manusia yang tidak suka, buta dan bengong tentang sejarah di Malaysia.

Beliau meluahkan pandangannya itu ketika berlangsungnya Wacana Sinar bertajuk, 'Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO?' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

A. Kadir memberitahu sejarah negara mencatatkan pada tahun 1960 kerajaan Malaysia sudah pun membentangkan Akta Keselamatan Dalam Negari di Parlimen yang dibahaskan oleh Tun Abdul Razak.

"Manusia yang tidak suka, buta dan bengong tentang sejarah tidak tahu apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sebab itu kecoh mahukan ia dimansuhkan.

"Hakikatnya, akta ini penting buat pihak Polis, penting dalam negara kita untuk mengekang dari jenayah-jenayah berat berlaku di negara kita," kata A. Kadir.

Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia melibatkan beribu-ribu orang tidak mengira pangkat dan kuasa yang dijangka mampu mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Justeru, akta ini yang juga dikenali sebagai ISA (Internal Security Act) merupakan satu undang-undang yang besar yang mampu mengekang kes-kes jenayah besar berlaku selain mempertahankan keamaan yang ada di Malaysia.

Bagi A. Kadir, penubuhan ISA oleh Tun Abdul Razak pada tahun itu merupakan satu tindakan yang bijak demi membawa kepada negara Malaysia yang demokrasi.

Malah, mengakui dengan tertubuhnya ISA memperlihatkan hebatnya kepimpinan barisan pemimpin awal sejak dahulu.

Jadi, apabila terdapatnya pihak-pihak yang mendesak EO dimansuhkan dan ini dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memansuhkannya pada 15 September 2011 ia telah menyebabkan peningkatan jumlah kes jenayah di Malaysia.

Seperti yang dikatakan oleh moderator, Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar, sejak April hingga Julai 41 atau 42 kes tembak-menembak dilaporkan menyebabkan masyarakat bimbang dan gusar dengan keselamatan di Malaysia.

Pemansuhan ISA juga menyebabkan kuasa dan peranan Polis di negara ini diperkecilkan oleh ramai pihak memandangkan akta yang membolehkan individu yang melakukan kesalahan jenayah dihadapkan ke muka pengadilan sudah tidak wujud.

Secara tidak langsung, mereka atau bekas tahanan ISA semakin 'naik tocang' dan tidak lagi takutkan kepada polis serta kembali melakukan jenayah lampau.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ketiadaan EO menyebabkan sukar buat pihak Polis mendapatkan maklumat untuk menumpahkan kumpulan-kumpulan penjenayah yang ada di dalam Malaysia.

"Undang-undang pencegahan dilihat negatif kerana tidak dituduh di mahkamah, masyarakat menganggap undang-undang itu boleh disalahgunakan.

"Disebabkan tiadanya EO, mereka (bekas tahanan) ini bebas berleluasa di khalayak," katanya.

Apabila pihak berkuasa berjaya menangkap orang bawahan yang berkhidmat di bawah sindiket gangster atau pun kumpulan penjenayah, rata-rata antara mereka tidak mahu bekerjasama dalam memberikan maklumat terperinci kepada pihak Polis.

Keadaan itu menyukarkan pihak Polis untuk menangkap dan menahan ketua-ketua kumpulan penjenayah, gangster dan juga ketua-ketua kongsi gelap.

Justeru, untuk mengekang dari kadar jenayah meningkat dan menghalang sindiket gangster, kerajaan digesa mewujudkan akta perlindungan yang lebih besar, kukuh dan kuat.

Selain itu, para panelis menyatakan perlunya pindaan dalam akta yang sedia ada bagi mengembalikan kuasa dan peranan polis yang kian dipandang serong oleh beberapa pihak.

Malah, mereka menyatakan perlunya melihat setiap kesan dari sudut yang baik dan buruk selepas setiap pindaan dilakukan demi mengembalikan sistem demokrasi yang aman di Malaysia.

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads