ads

Sabtu, 14 September 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Nukilan Wan Motor: Saya Menawarkan Diri Untuk Bertanding <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 11:09 AM PDT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur pada Allah S..W.T kerana sehingga hari ini masih diberi nafas untuk menjalani kehidupan seperti biasa...

sudah lama tidak meNUKILANkan perjalanan saya di dalam blogspot ini kerana tidak mempunyai masa... Tapi alhamdulillah kini saya mempunyai masa untuk menulis catatan harian perjalanan saya sebagai penulis politik jalanan...

Pertamanya, saya sekali lagi bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya telah mendapat tempat di dalam Jawatan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pinang ( DUN Ayer Limau ). Ini merupakan kali pertama saya berada di dalam "GELANGANG" UMNO setelah beberapa tahun berjuang di dalam parti keramat ini.


Saya kini sedang giat berkempen kerana telah menyatakan pendirian untuk bertanding di dalam Jawatankuasa Pemuda Bahagian UMNO Masjid Tanah. Walaupun saya antara calon paling muda yang menawarkan diri di dalam Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, saya menganggap ini adalah satu pengalaman yang saya harus alami.

Perjuangan saya masih konsisten di dalam menegakkan AGAMA BANGSA dan TANAH AIR terhadap masyarakat setempat. Setakat ini, saya tidak pernah mengambil kesempatan ke atas mana-mana ahli politik tempatan melainkan secara terus menerus mempertahankan parti keramat ini daripada segala FITNAH dan TOMAHAN yang dilemparkan oleh pembangkang...

Sekiranya saya diberi peluang untuk berada di dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Masjid Tanah ( Dengan Izin Allah S.W.T ) saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat amnya memperjuangkan HAK golongan belia ini daripada segi AGAMA, SOSIAL, EKONOMI dan KEMASYARAKATAN. Sekiranya saya tidak terpilih dan kalah, saya tetap akan terus menabur jasa di dalam parti keramat ini seperti biasa. Perasaan kecewa tidak sesekali akan ada di dalam diri, kerana saya sendiri telah memilih politik sebagai medan perjuangan saya...

akhir kata, saya sekali lagi ingin menyatakan hasrat ...

Saya Ridwan bin Abu Samah , Setiusaha Pemuda Cawangan Kg Pinang dengan rendah hati menawarkan diri untuk bertanding Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah bagi penggal 2013-17. Saya mengharapkan sokongan moral daripada rakan-rakan serta sahabat handai saya...

Mari Berjuang Bersama Saya
#WanMotor / klik --> Page Wan Motor & Kami Menyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam Sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved