|   [GAMBAR] Kemalangan Ngeri Pemuda Maut <b>Di</b> Lebuh <b>Sg Udang</b> <b>...</b>     Posted: 21 Sep 2013 08:41 PM PDT         [GAMBAR] Kemalangan Ngeri Pemuda Maut Di Lebuh Sg Udang [SAKSIKAN...] KRUBONG - Tidak dapat digambarkan perasaan seorang remaja apabila sempat   memangku abangnya yang sedang nazak dalam kemalangan di Lebuh Sungai   Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), awal pagi semalam.   
 Muhammad Afiq Berhanudin, 18, bagaimanapun reda apabila abangnya,   Muhammad Arif, 20, menghembus nafas akhir sebelum sempat dibawa ke   hospital.
 
 Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, motosikal jenis Yamaha RXZ   ditunggang Muhammad Arif yang juga pelajar Institut Latihan   Perindustrian (ILP) Bukit Katil merempuh bahagian kiri belakang sebuah   Perodua Kancil  sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal   ditunggang Mohd Izzat Borhan, 18.
 
 Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil yang dipandu Razalee Tompang,   44, dari arah sama iaitu Sungai Udang menghala persimpangan lampu   isyarat Stadium Hang Jebat berpusing sebelum terbalik  dalam keadaan   mengiring di laluan kanan.
 
 Arif atau lebih mesra dipanggil Angah meninggal dunia di tempat   kejadian, manakala Mohd Izzat yang cedera parah dibawa ke Hospital   Melaka untuk rawa-tan lanjut. Sementara Razalee tidak mengalami sebarang   kecederaan.
 
 Muhammad Afiq berkata, dia menaiki motosikal lain sudah berada jauh di   hadapan dan hanya mengetahui kejadian selepas diberitahu rakan mereka,   menyebabkan dia berpatah balik.
 
 "Sampai di situ, Angah sudah nazak dan dadanya berombak. Saya sempat bacakan kalimah syahadah sebelum dia pergi," katanya.
 
 Menurutnya, abangnya itu sebenarnya ketika di rumah berasa berat untuk   keluar, namun menukar fikiran selepas diajak rakan-rakan.
 
 Sementara itu, bapa mangsa, Berhanudin Abd Rahman, 51, yang menetap di   Padang Sebang, Alor berkata, anaknya memberitahu mahu ke Tampin, sebelum   keluar antara 8 dan 9 malam kelmarin.
 
 "Dia yang tinggal bersama keluarga berulang-alik setiap hari dari rumah untuk ke kelas di ILP Bukit Katil.
 
 Kebiasaannya dia akan keluar malam jika keesokan hari cuti atau pada   hujung minggu dan balik ke rumah kira-kira satu dan dua pagi," katanya   ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini.
 
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian. - SH.
 
 
  | 
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan