Selasa, 24 September 2013

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung tuan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 03:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Zulheimy Ma&#39;amor: <b>TANJUNG TUAN</b>, PORT DICKSON

Posted: 19 Jun 2013 12:41 AM PDT

Rumah Api Tanjung Tuan adalah nama yang tidak asing bagi pelaut-pelaut yang menyusuri Selat Melaka. Terletak di Port Dickson Negeri Sembilan, rumah api ini merupakan yang tertua di Malaysia. 
Rumah Api adalah merupakan panduan penting bagi kapal-kapal yang berlayar di sekitar kawasan berdekatan terutama di waktu malam. 
Sebagai bekas Pelaut, ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia dan bertugas dengan kapal-kapal TLDM ketika itu... kapal saya sering melalui Selat Melaka dan setiap kali melayari Selat Melaka, kami sering melalui perairan Tg Tuan.  Ketika itu di atas dek kapal, saya sering melihat Rumah Api Tanjung Tuan ini dari kapal. Ketika itu pernah terfikir dalam hati bahawa satu hari nanti saya ingin mengunjungi rumah api ini.....
Ternyata apa yang pernah saya fikirkan puluhan tahun dahulu menjadi kenyataan ketika saya bekerja dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Jantung Malaysia yang ketika itu mengadakan Kursus Motivasi di Casa Rachado Beach Resort yang terletak tidak jauh dari Rumah Api Tg.Tuan. Kursus yang berlansung selama 2 hari itu turut memasukan acara lawatan ke Rumah Api Tg Tuan dalam program latihan. Ini ialah kerana untuk sampai ke Rumah Api tersebut terpaksa mendaki lorong berbukit yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.
Tanjung Tuan yang juga dikenali sebagai Cape Rachado mengambil sempena nama "Battle of Cape Rachado" berlaku pada tahun 1606 antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan Armada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerahan Melaka oleh Portugis kepada Belanda pada tahun 1641.
Rumah Api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 untuk membantu kapal-kapal memasuki pelabuhan Melaka ketika itu. Rumah Api ini dibina semula oleh British pada tahun  1817 semasa pemerintahan sementara British dibawah arahan Sir William Farquhar.
Pada tahun 1990, Rumah Api ini menempatkan Radar MEASAT yang dibina untuk memantau lalu lintas kapal di Selat Melaka dan membantu dalam komunikasi. 

Melihat lautan luas dari Rumah Api ini mengimbau kembali kenangan ketika saya bertugas di kapal dulu.... kalau dulu saya sering memerhatikan rumah api Tg Tuan ini dari atas dek kapal... kini saya berada di Rumah Api Tg Tuan dan melihat lautan luas yang suatu ketika dulu disinilah saya memerah keringat dan juga adalah lubuk rezeki saya suatu ketika dulu. Sungguh sayu rasa hati bila memikirkan yang saya pernah melayari lautan ini... 

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Tg Tuan ini terdapat pusaran air yang ganas yang pernah menenggelamkan sekurang-kurangnya 4 buah kapal perang milik Belanda dan Portugis sekitar tahun 1605. 
Banyak kisah-kisah misteri yang diceritakan mengenai Tanjung Tuan ini... sejauh mana kebenarannya ... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 
Saya juga pernah mengalami beberapa peristiwa aneh setiap kali  kapal melintasi Tg Tuan... kapal akan terputus hubungan radio (Radio Silence) kerana aku ketika itu adalah anggota Komunikasi TLDM... perkara ini jarang berlaku di tempat lain.. cuma di Tg Tuan sahaja hubungan radio akan terputus... tidak kedengaran apa - apa pancaran pun dari mana - mana stesen. 
Hal ini memang banyak kali terjadi terutama ketika aku bertugas dengan kapal  Ronda TLDM KD Sri Negri Sembilan ketika itu... apakah mungkin agaknya secara kebetulan nama kapal saya bertugas ini adalah nama negeri terletaknya Tg Tuan ini....
Wallahu Alam



Melihat matahari terbenam di Tg Tuan adalah merupakan suatu pemandangan yang cukup indah dan sangat cantik sekali. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan itu dalam sebuah foto yang saya ambil.

CASA RACHADO BEACH RESORT, PORT DICKSON, NS



Casa Rachado Beach Resort, Tanjung Tuan Port Dickson, N.Sembilan adalah penginapan kami ketika kursus motivasi tersebut dijalankan dari 11 - 12 February 2012...

Zulheimy Maamor
19.6.2013





ekspedisi ke hutan rekreasi <b>tanjung tuan</b> , port dickson - Ceritera Eryn

Posted: 25 Jun 2013 11:14 AM PDT


ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KE HADRAT ILAHI DI ATAS SEGALA NIKMAT  YANG DIKURNIAKAN
Kami seramai lebih kurang 66 orang dan dengan menaiki 2 buah bas bertolak ke Pirt Dickson untuk aktiviti beriadah beramai2..
Kami bertolak pada jam 7.30 pagi.. 
Kemudiannya sampai di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan pada jam 8.30 pagi.. Perjalanannya mengambil masa dalam sejam la..
Sebbelum nak sampai ke tempat yang nak dituju, kami tersasar sikit la..
Terpergi ke Kolej Tentera pulak.. Hamboi dia punya tentera yang jaga pintu pagar bukan main nak letak yang kacak, terlambai2 la kakak2 yang di dalam bas kami, walau mereka dah berkahwin, wahhh.. Terlupa sejenak nampaknya dek kekacakkan jejaka itu.. Tapi eryn steady je.. Apa ada hal.. :p
Sesampainya kami di sana, kami diberikan mask muka kerana keadaan JEREBU, pakai juga mask tu .. Sebab bau JEREBU memang sangatlah kuat dan pemandangan yang agak sangat tebal kabus jerebunya..
Sakit jugaklah mato den ni haa.. 
Kami kemudian bergerak ke medan selera yang berhadapan dengan Pantai Tanjung Biru untuk mendapatkan sarapan kami..
Makan Bihun goreng beserta minuman Air Teh..
Kami juga diberi  tuala kecil.. Boleh lap2 peluh yang bakal menitis gitu you allzz..
Dalam 9.40 pagi kami bergerak ke tempat untuk kami melakukan aktiviti pertama kami iaitu HIKING !
Masa untuk mengecilkan badan dan menyihatkan badan..
Sebelum kami memulakan pendakian, kami telah diberi taklimat dah dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Seterusnya kami mendaki mendaki.. Dengan semangat dan usahanya..
Eryn dan along menggunakan method yang sama dimana kami meminimumkan percakapan kerana untuk mengekalkan stamina untuk sampai ke puncak..
Berjaya sampai ke puncaknya..
Kami semua berjaya sampai ke atas, di mana terdapatnya Rumah Api tertua iaitu RUMAH API TANJUNG TUAN, Terima kasih kepada penjaga rumah api terbabit yang memberi kami kebenaran untuk memasuki Rumah Api tersebut dan melihat persekitaran di dalamnya..
Dapt jugalah kami berehat di tempat yang redup :)
Untuk perjalanan turun pula, kami semua dibawa mengikuti laluan Hutan, fuyohh fuyohh.. Kemain cerun turunannya..
Cuma eryn rasa sangat fun sebab dah biasa lah jugak masuk hutan, sebab kalau pagi its still okay, kalau malam n berpacat tu.... ==' 
Di sepanjang perjalanan tu kami dibawa melawat pelbagai tempat dan kawasan, antaranya ;
Dalam Sejam lebih jugalah perjalanan turun kami.. Peluh pun turun seakan air terjun gamaknya..
Kemudian kami kembali ke medan selera tadi, rehat-rehat dulu, kemudian kami diberi makan tengah hari..
Kami teruskan aktiviti kami dengan tanpa melengahkan masa lagi,
*Baca dalam keadaan menyanyi tauuu 
Disebabkan ibu dah pesan NO LAUT2!
Eryn kata kat ibu yang eryn n along main Banana Boat, tapi yang tak jatuh punya,, Means by, abang tu akan bawa kami semua naik Banana Boat tu untuk berjalan2 je lah..
Banyak kali eryn beritahu abbang tu, TAK NAK JATUH TAK NAK JATUH..
Besttttttt giler.. Tambah2 bila Boat kami membadai ombak yang berlawanan arus, terasa seakan menaiki KUDA..
Kuda hitam amboiii kuda hitam ...
Disebabkan kami antara yang paling awal naik kami terus pulang ke tempat kami menunggu pada mulanya, iaitu di kawasan darat..
Sebelum badan kami naik ruam or gatal2 (due to the allergic),
Kami bersihkan diri di tandas awam terdekat..
Lepas tu sambung tunggu yang lain habis mainn..
Patutlahhh lamaaa nak habis.. Ada yang main lebih 5 Kali seeorang,
Kalau tau, eryn memang main 7 kali la ceritanya, Heee~
Kami kemudian dibahagiakn lagi kepada 6 kumpulan..
Kami diberi task dan tugasan yang berbeza untuk 3 kumpulan X 2
Kami diminta menghasilkan apa2 yang kami fikirkan sesuai dengan menggunakan pasir di pesisir pantai tanpa menggunakan apa2 objek sebagai alat pembantu.Dan kemudian mereka perlu menerangkan tentang ciptaan mereka itu. 
Mereka diberi reben dan mereka harus create sesuatu yang kreatif darinya. Dan kemudian mereka perlu menerangkan tentang ciptaan mereka itu. 
Kumpulan eryn mencipta PENYU beserta anak dan telur penyu..
Diinspirasikan oleh alam sekitar yang sangat dekat dengan persekitaran kami.
Al-kisahnya, kami telah mencipta Penyu pasir tersebut di pesisir pantai, tapi tak lama lepas tu air pasang, pemyu kami dah nak 'pulang' ke laut.. Kami cepat2 panggil pengadil untuk amil gambar penyu kami sebelum ianya berenang bersama air yang sedang pasang ..
Tapi kami buat keputusan untuk membuat yang baru, eryn memang keje duk uat anak penyu tu je.. Buat 2 ekoq.. Masa 15 minit je pongg~ Just do what we could done :)
But we really make the work group la
Group along diberi ribbon , mereka mencipta langsir daripada ribon yang diberikan, 
Kumpulan2 lain juga tak kurang hebatnya dalam mencipta idea idea bernas dan menarik.
Game seterusnya aka yang terakhir adalah game GIANT DICE!
Satu kumpulan harus ada hanya 10 orang, kalau lebih kena keluarkan sampai jadi 10 je..
Orang yang paling hadapan harus membaling dadu gergasi tersebut di atas paras kepala mereka dan nombor yang tertera merupakan jumlah mereka dapat bergerak maju ke hadapan atau mundur ke belakang, Kami yang bersembilan di belakag pembaling dadu harus saling memeluk atau memegang baju setiap ahli dihadapan merka dan pegangan tersebut tidak boleh putus atau tidak, mereka akan disingkir dari Game tersebut,
Setelah beberapa adegan , kami asyik maju mundur, maju mundur sampai dah kebas2 kaki, betis dan peha sebab statik posing, kami tidak mendapat kemenangan untuk game tersebut..
ALHAMDULILLAH, Berakhirnya permainan tersebut maka berakhirlah aktiviti kami,
Kami kemudiannya bersiap2, mandi dan tukar baju untuk majlis penutupan dan untk pulang ke Kuala Lumpur.
Semasa majlis penutupan dan penyampaian hadiah, semua berdebar2 menanti hadiah masing2..
Untuk pertandingan cipta monumen pasir, kumpulan kami menang tempat ke-2, 
Along pula menang tempat ke -3 untuk ciptaan reben langsir..
Semasa penyampaian hadiah kemuncak..
Mereka mengumumkan kumpulan ketiga terbaik kedua terbaik dan akhir sekali kumpulan terbaik..
Dalam hati kalau boleh nak lah menang terbaik sebab kami memang wujudkan dan ada chemistry dalam kumpulan kami yang bersebelas itu.
Tapi sangat mengejutkan bila Nama kumpulan kami dinobatkan seagai pemenang kumpulan terbaik dari segi kerjasama, dan pelbagailagi aspek yang mereka nilai.. 
Kemain mak jerit nakk, sebab excited gitu jemahhh!
SELESAIIII MAJLIS KAMI SEMUA..
Sebelum berangkat pulang, ada antara mereka yang nak singgah di Teluk Kemamg untuk membeli ole2 katanya, mereka hanya diberi masa 15 min sahaja.
Eryn tak turun dari bas  sebab dah sibuk baca nota dalam bas.. (hari esoknya ada testttt kot!)
Kemudian kami semua selamat sampai ke KL dengan selamatnya..
*Sodeh jugak, tak sompek jumpo pejai kek sanun, takpolah, eden lambai kek poli dio jo cukup dah raso ea..





THANK YOU SO MUCH FOR READING THIS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads