Rabu, 23 Oktober 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


kedua dua regu calon umno bahagian <b>alor gajah</b> - melaka post

Posted: 07 Oct 2013 09:04 PM PDT

Bukannya aku nak puji lar, tapi kalau dilihat dari gerakerja kedua dua regu Calon Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, mereka nampak  lebih profesional dan matang...Apa tidaknya...berkempen siap dengan SLOGAN serta Misi dan Visi bro..!!! secara terang terangan mereka menzahirkan apa yang ingin ditawarkan sekiranya diberi peluang untuk menerajui kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah. Berbanding pula dengan 'bapa2' mereka yang bertanding dalam UMNO Bahagian, mereka nampaknya 'berperang' lebih kepada kaedah 'konvensional' dan 'stereotaip' yang membawa maksud 'mengutuk, merayu, menangis  dan perkara perkara yang sewaktu dengannya'...hehe..!!!!
Ermm...Aku juga respek abis kepada kedua dua regu Pemuda yang bertanding ini, kerana telah dapat menyediakan satu perkara yang aku anggap paling asas sekiranya kita hendak menawarkan diri secara berkumpulan, iaitu menyenaraikan secara lengkap senarai Ahli Jawatankuasa mereka yang hendak bertanding...perghh...!!! siap ngan pamplet dan risalah bro..!!!!


Kalau mengikutkan tradisi biasa pertandingan di UMNO Bahagian Alor Gajah ini, senarai calon ajk yang bertanding akan diberi kuota mengikut DUN iaitu seramai 4 orang bagi setiap DUN (5 DUN kesemuanya) bagi membuktikan kekuatan regu mereka secara menyeluruh..
PERSOALANNYA : mengapakah sehingga kini senarai lengkap Calon AJK bagi kedua dua regu TIDAK di istiharkan secara rasmi..??? 
pssttt... apa lagik..!!! Harap dapat disenaraikan lar untuk para perwakilan menilai ok.!!! boleh buat pamplet dan risalah  bebanyak untuk di edarkan...!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads