Sabtu, 12 Oktober 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Faktor Sebenar Ali Rustam Tewas <b>Di</b> Parlimen <b>Bukit Katil</b> Terbongkar

Posted: 09 Oct 2013 07:20 AM PDT

Ali Rustam dakwa kekalahan beliau di parlimen Bukti Katil di sebabkan majoriti kaum Cina menolak beliau tetapi pendedahan oleh ACCCIM adalah sebaliknya.
Pengundi di parlimen Bukti Katil majoritinya adalah pengundi melayu dan ini membuktikan dakwaan Ali Rustam ternyata silap. Addin pernah bersembang dengan penyokong Umno selepas PRU13.
Menurut mereka salah satu faktor kekalahan Ali Rustam di parlimen Bukti Katil adalah kerana ada sesetengah ahli dan penyokong Umno menolak kepimpinan Ali Rustam.
Jika benar dakwaan ahli Umno tersebut, maka benarlah dakwaan di bawah..
ACCCIM: Ali Rustam kan tewas di kawasan Melayu?
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa bekas menteri besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyalahkan orang Cina ekoran kekalahannya dalam pilihan raya umum lalu.
Presidennya Datuk Lim Kok Cheong berkata, Parlimen Bukit Katil, di mana Mohd Ali ditewaskan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan kawasan majoriti Melayu.
Pengundi Cina tidak harus dipersalahkan ekoran kekalahannya, kerana beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu," kata Lim.
Beliau mengingatkan Mohd Ali (kanan) bahawa pengundi Cina menyokong BN pada 1995, 1999 dan 2004 tetapi beralih arah daripada BN ekoran "kenyataan negatif yang sering dikeluarkan oleh beberapa kumpulan ultra kanan" dalam Umno.
Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.
Lim mengulas ucapan Mohd Ali yang dilapor dalam forum anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. ~mk

terkini..!!! prk pula <b>di bukit katil</b>..??? - THE DUKE&#39;S BLOG

Posted: 06 Aug 2013 09:38 PM PDT

Ramai jugak yang sms dan call aku bertanya tentang desas-desus kononnya Parlimen Bukit Katil di Melaka akan automatik "kosong" sekiranya Sam Ketot didapati bersalah di mahkamah atas dakwaan berhubung himpunan Blackout505 tempohari...
Kalau dirujuk pada undang-undang dan perlembagaan, Sam Ketot boleh dilucutkan dari menjadi Ahli Parlimen jika dia didapati bersalah. Sebab tu depa dok kata akan berlaku PRK di Parlimen Bukit Katil...
Pada hemat aku, Sam Ketot takkan hilang jawatan Ahli Parlimen tu. Sebabnya...
1. Dah tentu la Anwar akan cari the best lawyer untuk jadi peguambela untuk Sam Ketot. Anwar mahu kekalkan kerusi Bukit Katil tu milik PKR. Itu sudah pasti...
2. Kalau Anwar boleh terlepas kes liwat Saiful hari tu, tak mustahil Sam Ketot akan terlepas dalam kes ni. Maklum laaa... undang-undang ni leceh sikit bro. Kalau ada sikit je spoil dalam pendakwaan tu, confirm kalah punya... terutama pasal hal teknikal...kes-kes Anwar semuanya "lepas" sebab hal teknikal, kan?
3. Kalau kita tengok pula pada kecenderungan hakim-hakim sekarang ni, depa lebih "pro" sapa? Heh! Perkara tu boleh mempengaruhi keputusan, kan? Sebab tu Allah kata ramai hakim yang akan masuk neraka nanti, kan? kan? kan?
4. Kes tu baru je disebut semalam, bro. PKR boleh drag kes tu sampai 4 - 5 tahun. Kalau diputuskan segera dan Sam Ketot bersalah pun, dia boleh merayu. Banyak kali dia boleh rayu di mahkamah-mahkamah kat Malaysia ni... Macam aku kata tadi, hakim-hakim ni cukup "pemurah" kalau handle kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Haram ni... Sam Ketot boleh lepas punyaaa...heh!
Itu cuma pandangan aku saja la base on pengalaman aku. Tapi Allah yang menentukan. Kalau Dia kata PRK kat Bukit Katil, maka jadi la PRK kat situ. Aku cuma terfikir...kalaulah Allah takdirkan PRK di Parlimen Permatang Pauh..alangkah baiknya, kan? kan? kan?

sekadar pandangan: SAH. DATO ALI TEWAS <b>DI BUKIT KATIL</b>.

Posted: 08 Sep 2013 06:02 AM PDT




Mahkamah Pilihanraya di Melaka memutuskan Parlimen Bukit Katil kekal milik PKR. Begitu juga DUN Bukit Baru yang di menangi PAS.
Tepat ramalan penulis mengenai perkara ini kerana ia berdasarkan kepada trend keputusan di Mahkamah Pilihanaraya di kawasan lain.
Sebenarnya kes petisyen pilihanraya amat baru di Malaysia dan hanya berlaku setiap 5 tahun sekali. Para Hakim mahupun peguam kurang berpengalaman di dalam bidang baru ini. Hampir kesemuanya ditolak kerana masalah teknikal.
Petisyen Pilihanraya ini seumpama kes yang melibatkan DNA. Subjek DNA juga amat baru di Malaysia. Terima kasih kepada DS Anwar Ibrahim yang kes LIWATnya telah mematangkan sistem kehakiman negara secara amnya.

Rumusannya, SPR telus menjalankan kerjanya. Tiada pengundi hantu. Dakwat kekal membantu mengelakkan pengundian dua kali. Tiada blackout seperti yang direncanakan. Pengiraan undi terang benderang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads