04 di jasin - Google Blog Search |
Kemalangan <b>Di Jasin</b> Mangsa Mati Putus Kaki | Daeng Selili Politik <b>...</b> Posted: 14 Oct 2013 10:37 AM PDT Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus manakala rakannya turut terbunuh dihempap pacuan empat roda dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 174.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang, mangsa Megat Saiful Farhan Megat Zaidi, 22, beralamat di Taman Putri Mas, Simpang Renggam, Johor dan rakannya Nur Azleeza Ismail, 23, beralamat di Ladang Sedenak, Kulai, Johor dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor. Kemalangan dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda dipandu Megat Saiful Farhan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas. Jurucakap polis berkata, Megat Saiful Farhan yang putus kaki kiri dan Nur Azleeza yang parah di bahagian kepala akibat dihempap kenderaan itu maut di tempat kejadian. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang hilang kawalan itu terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi penghadang lebuh raya hingga menyebabkan besi itu patah beberapa bahagian. - Sumber للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan