04 di klebang - Google Blog Search |
- Henti tambak laut <b>di Klebang</b> - Utusan Online
- 50 Peniaga <b>Di Klebang</b> Hilang Mata Pencarian <b>...</b> - Kelab Greenboc
- 50 peniaga melayu <b>di klebang</b> melaka hilang mata <b>...</b> - Omak Kau!!!!
Henti tambak laut <b>di Klebang</b> - Utusan Online Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT Oleh AMRAN MULUP MELAKA 16 Sept. - Hampir 200 nelayan di empat kawasan telah lama menderita apabila hasil tangkapan laut berkurangan berikutan kerja menambak laut kawasan pantai di Klebang hingga ke Kampung Hailam masih dilaksanakan. Empat kawasan yang teruk terjejas berikutan projek tambakan laut ialah Lereh, Kampung Hailam, Balik Bukit dan Klebang. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, sepatutnya kerja penambakan laut sudah dihentikan berikutan keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan sementara waktu kelulusan tersebut untuk diselaraskan. Bagaimanapun menurutnya, arahan tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha projek berkenaan kerana masih ada antara mereka yang berdegil dan melaksanakan kerja penambakan laut di kawasan terbabit. ''Pengusaha tidak endahkan arahan kerajaan negeri dan mereka teruskan aktiviti penambakan laut di samping mereka meletakkan kapal pengorek di laluan nelayan keluar masuk. ''Keadaan ini menyukarkan nelayan keluar untuk menangkap ikan di samping beberapa lokasi pusat habitat ikan sudah terjejas berikutan kerja yang dilaksanakan," katanya di sini hari ini. Hasan berkata, kerja penambakan laut juga secara tidak langsung telah menjejaskan pusat habitat ikan yang sering kali menjadi lokasi nelayan menangkap ikan. Menurutnya, beliau telah menemui kesemua nelayan terbabit dan mendengar rintihan mereka kerana sumber pendapatan hasil tangkapan ikan semakin berkurangan. Justeru, katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) perlu memantau aktiviti penambakan laut yang sepatutnya dihentikan tetapi sebaliknya tidak diendahkan oleh pengusaha terbabit. ''Saya akan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab termasuk UPEN agar tindakan segera perlu diambil bagi membantu nelayan di empat kawasan yang terjejas teruk pendapatan mereka," katanya. Beliau berkata, semua nelayan di empat kawasan berkenaan mengharapkan kerajaan negeri dapat menghentikan kerja penambakan tersebut sekali gus membolehkan nelayan kembali mencari rezeki di situ. |
50 Peniaga <b>Di Klebang</b> Hilang Mata Pencarian <b>...</b> - Kelab Greenboc Posted: 29 Jul 2013 12:01 AM PDT Ke mana kami nak pergi?' KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran 1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lebih mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat. Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan Dataran 1Malaysia dibuka. Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog bersama diadakan. "Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga. "Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30 kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa satu tapak berjumlah RM150 sebulan," katanya semalam. Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya, Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada pendapatan berniaga. "Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di kawasan sekitar. "Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh," katanya. Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah. "Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan. "Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari raya," katanya. Sinar Harian akan cuba mendapatkan komen daripada wakil penganjur berhubung isu berkenaan hari ini. -SH Ulasan GB Mujurlah hal ini berlaku di negeri yang diperintah BN. Kalaulah hal ini berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, dah digendangnya ke seluruh dunia dan dipaparkan di media massa arus perdana berhari-hari lamanya untuk memburukkan kerajaan PR. |
50 peniaga melayu <b>di klebang</b> melaka hilang mata <b>...</b> - Omak Kau!!!! Posted: 14 Jul 2013 07:49 PM PDT HEBAT APABILA MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU YANG MEMPUNYAI BUAH FIKIRAN NAK PATENKAN MASAKAN ASAM PEDAS...MULA-MULA NAK TUTUP JONKER WALK.. TERKINI PARA PENIAGA MELAYU KENA HAMBAT KELUAR DARI TAPAK NIAGA... HIDUP KETUANAN MELAYU!!!!... HIDUP UMNO!!!!. KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran 1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lebih mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat. Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan Dataran 1Malaysia dibuka. Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog bersama diadakan. "Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga. "Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30 kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa satu tapak berjumlah RM150 sebulan," katanya semalam. Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya, Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada pendapatan berniaga. "Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di kawasan sekitar. "Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh," katanya. Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah. "Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan. "Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari raya," katanya. |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan