04 di klebang - Google Blog Search |
MY JOURNEY: <b>KLEBANG</b> ORIGINAL COCONUT SHAKE Posted: 26 Sep 2013 11:10 PM PDT Assalamualaikum semua rakan blogger......semuga semua sihat sejahtera dan berada dalam rahmat Allah sentiasa. Haaa ni akak nak mula citer ttg Klebang Original Coconut Shake ni.....Sebenarnya akak pun mmg tak pernah nak merasa benda alah ni. Hanya dapat dengar citer dari kawan2 yang pernah ke Melaka dan singgah minum di Klebang Original Coconut Shake ni....Sedap sgt ka? Memang sedap oi....tak pernah akak minum coconut shake yang sedap macam ni. Hari tu pi Kuala Terengganu pun tak sama coconut shake dia dgn kat Klebang ni. Memang terangkat..... Pada mula nya akak mmg berhenti betui2 tepi jalan stall yang juai coconut shake ni. Igt kot depa ni juai tepi jalan ja. Berhenti lah dan terus ode kat situ utuk minum dalam kete je. Ada coconut shake yang special dan tak special. Harga tak de la mahai sgt. RM2.50 je yang biasa. Ramainya org bukan main berderet. Mmg cekap pekerja nya membuat coconut shake ni. Pantas dan cekap. Bila dapat je akak nyer ode terus lah sedut.....mak ai awesome sungguh delicious.... Rupa-rupanya ada kedai nya kat dalam nun....adoi akak dah ode dah dapat pun ni....akak masuk lorong ke dalam tu. Terus cari tempat dan lepak kat situ. Minum coconut shake yang akak beli tadi tu kat kedai tu. Kedai tu tak lah berapa besar tapi ramainya orang terutama para pelancong yang datang minum kat situ. Pekerja kat situ juga cakap tak pa dok dok dah beli kat luaq pun boleh dok kat sini. Sama ja tokeh dia. Haaa tu dia....Kat kedai ni ada juga makanan ringan spt nasi lemak bungkus, bihun dan mee ready made, Kuih muih pun ada juga. Layan diri. Jom layan gambaq..... Akhirnya sampai gak hajat akak nak minum coconut shake ni. Selama 2 hari kat Melaka ni akak dah minum 3 kali. Hebatkan. Otw balik ke KL pun singgah beli lagi coconut shake yang berhantu ni....macam ketagih jer bila minum coconut shake ni.....dia letak ape ye?....Ntah lah air kelapa dan isi kelapa dan ais krim vanilla je yang nampak dalam cawan tu. Sesiapa yang turun ke Melaka ni jgn lupa pi minum coconut shake ni. Mmg sungguh lazat dan menyelerakan. Ok lah selamat membaca dan terima kasih kerana sudi singgah kat blog akak ni....hga berjumpa lagi di lain entry....daaa..... Salam sayang, |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan