Selasa, 15 Oktober 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Nukilan Wan Motor: UMNO <b>Masjid Tanah</b> Ketandusan Pemimpin ??!!

Posted: 15 Oct 2013 09:55 AM PDT

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kita nafas untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa...

Saya ingin mengongsikan sedikit pendapat terhadap calon calon Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang sedia maklum dikatakan begitu sengit memandangkan Setiusaha Kerja UMNO Malaysia , Bekas Ketua Menteri Melaka dan EXCO Kerajaan Negeri Melaka akan berentap merebut jawatan ini...



Calon NO 1 Dato' Ab Rauf Yusof 
Setiusaha Kerja UMNO Malaysia


Saya sebenarnya masih tertanya-tanya mengapa Masjid Tanah menjadi pilihan Dato Ab Rauf Yusof untuk bertanding jawatan Ketua UMNO... Adakah di Bahagian Bukit Bintang orang sudah menolaknya atau ada agenda lain yang kita sendiri tidak dijelaskan secara teperinci... 

Adakah selepas PRU14 Melaka akan ada Ketua Menteri Baru ??? Adakah ada niat untuk mematikan politik seseorang di Melaka ataupun beliau melihat bahagian Masjid Tanah tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk memimpin UMNO ?? Semua pertanyaan ini sebenarnya mempunyai jawapan di dalam hati Dato Ab Rauf Sendiri..

Tetapi bagi saya, saya tidak bersetuju dengan tindakan Dato Ab Rauf Yusof bertanding di sini kerana bagi saya beliau seperti menghina ahli UMNO dan beranggapan bahawa hanya dia sahaja yang layak memimpin ... Saya baru-baru ini ada bertemu dengan sekumpulan pemuda yang tinggal di Bukit Bintang... Dan ada menanyakan beberapa soalan termasuklah "Mengapa Dato Ab Rauf Yusof mahu menjadi Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah dan mengapa tidak mempertahankan jawatannya di sana?"

Mereka mengatakan sekiranya Dato Ab Rauf Yusof bertanding di Bukit Bintang pada pemilihan kali ini beliau akan kalah... Jadi saya berpendapat, mesti ada masalah dalaman di mana telah berlaku di sana sehingga Dato Ab Rauf Yusof bertukar haluan untuk balik ke kampung halaman. Memandangkan masyarakat kampung pula berlainan mentaliti dan pandangan...  Mudahlah Kerja Dato Ab Rauf Yusaof ni sebenarnya... Tapi apa-apa pun nilaikan sendiri... Cuma kita jadilah orang yang berfikiran waras ya... 


Calon No 2 Datuk Ir Ismail Othman 
EXCO Kanan Kerajaan Negeri Melaka



Datuk Ir Ismail Othman adalah seorang pemimpin di Masjid Tanah yang sememangnya perlu di angkat oleh ahli ahli UMNO Masjid Tanah agar menjadi ketua. Memandangkan beliau adalah merupakan salah seorang EXCO Kanan Kerajaan Negeri Melaka, kita lebih mudah untuk meminta bantuan kebajikan untuk masyarakat setempat sebenarnya... Lagipun, Datuk Ir Ismail Othman ni adalah seorang calon ketua bahagian yang disokong sepenuhnya oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ir Idris Haron. 

Adakah kita tidak mahu mengunakan kelebihan kita untuk mengangkat EXCO Kerajaan Negeri Melaka sebagai Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah ? Adakah dengan kita mengalahkan EXCO Kerajaan Negeri Melaka ini kerajaan Negeri Melaka akan menarik jawatan EXCOnya ?? Adakah dengan kita melantik calon lain , masyarakat di Masjid Tanah akan mendapat kebaikan yang lebih besar ?? Sudah tentu tidak... 

Kita perlu menjadi perwakilan yang bijak... Kalau kita sebagai ahli UMNO yang tidak mampu membantu masyarakat sekeliling dengan wang ringgit kita, kita bantulah untuk menaikkan EXCO Kerajaan Negeri Melaka ini sebagai ketua kita.. Agar beliau boleh membawa suara kita di peringkat negeri dan kebajikan masyarakat di masjid tanah akan terus terbela bukan sahaja kepada ahli UMNO tetapi kepada semua...

Itu sekadar pendapat saya sahaja.. Terpulang kepada anda mahu menilai bagaimana...

Calon NO 3 Tan Sri Rahim Tambi Chik
Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Bekas Ketua Menteri Melaka
Saya menghormati perjuangan Tan Sri Rahim Tambi Chik kerana beliau banyak menabur jasa di dalam Melaka amnya di dalam Masjid Tanah sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka dahulu... Saya suka mendengar dia memberi ceramah serta cara beliau menjawab hujah... Saya masih merasa aura perjuangannya masih belum tamat dan padam...

Beliau masih dilihat mahu membantu perjuangan survival politik orang melayu dan kerana itu beliau mahu bertanding di dalam pemilihan kali ini. Beliau mahu bergabung dengan golongan muda untuk mengilap serta melahirkan pemimpin muda yang berkaliber pada masa akan datang...

Tapi ...

Bagi saya, Tan Sri Rahim tidak sepatutnya bertanding di peringkat bahagian... Kerana dia hanya layak untuk bertanding di peringkat lebih tinggi kerana jasa dan pengorbanannya selama ini cukup besar... Bagi saya mudah.. Sepatutnya Jentera Tan Sri Rahim Tambi Chik perlu bersepakat dengan Datuk Ir Ismail Othman bagi memastikan kemenangan di sini...  kerana Tan Sri Rahim juga akan bertanding di peringkat pusat iaitu merebut kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia...

Itu sekadar pandangan peribadi saya sahaja...

Nukilan Wan Motor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads