Rabu, 30 Oktober 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


ali rustam bengang hanya 1 bahagian umno <b>negeri melaka</b> saja <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2013 08:23 PM PDT

Ingatkan main isu rasis melampau orang Melayu UMNO akan berikan sokongan melambung kepada dirinya yang merebut salah satu jawatan Naib Presiden ... nampaknya hampeh dan sungguh mengecewakan ... negeri sendiri yang beliau pernah jadi Ketua Menteri selama 3 penggal pun tak sokong beliau.

Itu baru lepas jawatan tak sampai setahun dengan masih menjadi senator dan pengerusi PUNB.

Bayangkan jika jawatan itu tidak ada terpalit pada dirinya ... Silap-silap hari bahagian sendiri pun tolak.

Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam kecewa apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri Melaka mengundinya untuk jawatan Naib Presiden.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau hanya mendapat undi daripada Umno Bukit Katil yang diketuainya sementara lima lagi bahagian seperti Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.

"Kalau hendak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tiada siapa hendak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads