ads

Selasa, 19 November 2013

04 di durian tunggal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di durian tunggal - Google Blog Search


perghhh...!!! 53 orang kanak kanak telah "dipotong" - melaka post

Posted: 15 Nov 2013 08:18 PM PST

16 NOV 2013 SABTU : Satu Majlis Berkhatan dan Meraikan Pelajar Pelajar Cemerlang UPSR 2013 telah diadakan dengan jayanya oleh JAPERUN Durian Tunggal pada jam 9.00 pagi tadi bertempat di SK Kg Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. Seramai 36 orang pelajar daripada 4 buah Sekolah Kebangsaan, 2 dari SJKC dan sebuah dari SJKT telah mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR baru baru ini. SJK (Tamil) Durian Tunggal telah berjaya menggondol hadiah wang sumbangan sebanyak RM5,000-00 daripada YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip, ADUN Durian Tunggal kerana berjaya menjadi sekolah terbaik dari segi peratusan pencapaian iatu sebanyak 17%.
Majlis ini juga turut meraikan kanak kanak yang dikhatankan secara beramai ramai dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh YB ADUN. Seramai 53 orang kanak kanak dari keluarga kurang berada di cawangan cawangan UMNO didalam DUN Durian Tunggal  telah dikhatankan dan pelbagai gelagat menarik dikalangan kanak kanak ini dapat kita saksikan sepanjang proses berkhatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan daripada Klinik Kesihatan Durian Tunggal.
MP: Pertamanya aku nak ucapkan tahniah lar kepada Kepimpinan UMNO di DUN Durian Tunggal yang diterajui oleh YB ADUN kerana telah meneruskan program program kemasyarakatan sebegini secara berterusan sejak bertahun tahun dahulu. Aku rasa kita sepatutnya merasa gembira diatas pencapaian anak anak ini kerana UMNO juga telah memainkan serba sedikit peranan dengan menggerakkan Kelas Kelas Tuisyen Percuma untuk pelajar pelajar UPSR di Balai2 Raya didalam DUN Durian Tunggal.
Keduanya, sudah semestinyalah para ibu bapa merasa amat berterima kasih di atas penganjuran Majlis Berkhatan ini kerana ianya sedikit sebanyak telah dapat meringankan bebanan mereka dari segi kos berkhatan. 
psst...tak perlu tunggu lama lama...!!!! aku rasa UMNO DUN Durian Tunggal adalah yang pertama dalam Negeri Melaka yang menganjurkan aktiviti  ini...!!! jom kita teruskan KHIDMAT BAKTI kita kepada Agama, Bangsa & Negara...!!!! memang TERBAIK...!!!! TAHNIAH...!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved