04 di lubok china - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search Posted: 07 Nov 2013 01:36 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||||||
Simpan dadah dalam bantal | 1 Malaysia News - Berita Harian <b>...</b> Posted: 07 Nov 2013 07:09 AM PST Views: 145 views Rating: ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri yang baru mahu merasa hidup mewah dengan berniaga dadah akhirnya berputih mata apabila kedua-duanya dicekup polis di rumah mereka di Lubok China, di sini. Pasangan berusia 31 tahun itu dicekup bersama 101 paket dadah disyaki heroin yang disimpan dalam bantal dan sebuah bekas kecil dalam serbuan kira-kira 12.15 tengah hari, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dadah dipercayai bernilai RM10,100 itu ditemui dalam bilik utama kediaman suspek di Taman Wira Indah, dekat sini, ketika serbuan dilakukan sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). "Ketika serbuan, isterinya yang membuka pintu dan suaminya berada di dalam bilik utama dan hasil pemeriksaan polis menjumpai 10 ikatan yang setiap satu ikatan mengandungi 10 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin. "Selain 100 paket dadah yang dijumpai di dalam bantal berzip di atas meja solek, polis turut menemui satu plastik lutsinar dan empat tiub straw di dalam satu bekas di atas lantai," katanya. Menurutnya, kedua-dua suspek yang mempunyai anak berusia enam hingga 13 tahun itu ditahan di dalam rumah teres milik adik kepada lelaki berkenaan. "Ketika serbuan yang dilakukan hasil maklumat orang awam, hanya pasangan terbabit sahaja berada di dalam rumah, sementara tiga anaknya difahamkan berada di rumah ibu bapa mereka. "Aktiviti ini dipercayai dilakukan pasangan ini sejak Jun lalu bagi jualan pasaran sekitar Lubok China dan Rembau, Negeri Sembilan termasuk kawasan Kota dan memperoleh bekalan dadah seberat kira-kira 173 gram dari Seremban, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Inspektor Mansor Md Dom dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izham Asli. Umar Ali Saifuddin berkata, hasil ujian saringan urin mendapati hanya lelaki berkenaan positif dadah jenis opiat, selain mempunyai rekod lampau berkaitan penagihan dadah. "Lelaki yang bekerja sendiri dan isterinya suri rumah itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan mereka disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya. Incoming search terms:
Berita berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan