ads

Isnin, 18 November 2013

04 di serkam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di serkam - Google Blog Search


Konvokesyen Tabika Kemas <b>Serkam</b> Melaka 2013 « Hanif Bin Idrus

Posted: 16 Nov 2013 08:34 PM PST

Salam satu blogger, semalam anak lelaki aku ada konvokesyen untuk Tabika Kemas Kawasan Serkam 2013 yang diadakan julung-julung kali di luar bangunan di Mydin Jasin Melaka.

Ianya dikatakan satu idea pemikiran di luar kotak oleh jawatankuasa Tabika Kemas Kawasan Serkam 2013 tetapi untuk aku, mahu berpeluh luar dalam badan aku kena panah dengan matahari...hehehehehe.

Tapi aku tak kisah sebab apabila sesuatu perubahan dilakukan sudah semestinya ada orang yang tidak setuju termasuk aku ler tetapi pada sudut positifnya masyarakat dapat melihat suasana profesional Tabika Kemas Kawasan Serkam 2013 semasa majlis di jalankan.

Tahniah buat Tabika Kemas Kawasan Serkam 2013  serta guru-guru yang bersama-sama melayan karenah anak-anak kecil seramai 204 orang termasuk anak aku yang nangis tak mahu naik pentas sebab takut....hahahahaha.

Gambar kat atas tu melihatkan kekusutan anak lelaki aku iaitu Haziq aku yang terkenal nakalnya di rumah tetapi apabila suruh naik pentas emmmm...merengek suruh mak dia temankan. Anak lelaki aku ini dari Tabika Kemas Berangan Enam dimana seramai 13 pelajar akan di raikan tamatmya pendidikan pra-sekolah.

Pening juga mak dia nak pujuk agar anak dia ini naik pentas. Darah gemuruh nak naik pentas rupanya ..ahaks.. Akhir setelah dipujuk dan di rasuah dengan air maka sedikit demi sedikit dah mula ceria...hehehehe.

Akhirmya selesai juga majlis Konvokesyen Tabika Kemas Serkam Melaka 2013 yang diadakan. Lega rasanya tapi tu ler, bila aku nak ambik gambar bukan dipandangnya kamera tapi buat selamba ajer.

Selepas tu ada lagi majlis untuk pelajar-pelajar cemerlang, so anak aku kali ini dah mula konfindent kat pentas. So dengan selamba ambil hadiah dan sekali lagi tak pandang kamera...hemmmmm.

Lama juga majlis ini berlangsung iaitu dari pukul 8.00am hingga pukul 12.00pm. Dan sekali lagi aku ucapkan tahniah pada semua ahli jawatankuasa dan guru-guru Tabika Kemas Kawasan Serkam 2013 yang susah payah menjayakan aktiviti konvokesyen ini. Tahniah buat semua.....



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved