Rabu, 6 November 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


ahmadmaslan.com: Taklimat <b>di</b> bilik gerakan <b>negeri Melaka</b>

Posted: 02 Nov 2013 07:20 PM PDT

10am 3Nov

Majlis Anugerah Kualiti KAA dan SABK <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 31 Oct 2013 11:35 PM PDT

SMK SULTAN ALAUDDIN KEKAL KEHEBATAN 3 TAHUN BERTURUT-TURUT

30 Oktober 2013 – SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah Melaka telah membuktikan kehebatan mereka apabila dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Kualiti Kelas Aliran Agama (KAA) (bagi tahun ketiga berturut-turut) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat Negeri Melaka Tahun 2012 yang telah diadakan pada hari ini, di Auditorium Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. SM Tahfiz al-Quran, Chenderah pula telah diumumkan pemenang bagi kategori SABK.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar pihak sekolah sentiasa berlumba-lumba mendidik murid-murid di sekolah masing-masing agar akan lahir anak-anak muda yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang duniawi atau akademik tetapi mereka juga mempunyai jati diri yang tinggi dan kental berteraskan akidah yang kukuh.

Majlis ini telah dikelolakan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Agama (PIPA), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka. Sebanyak 7 buah sekolah yang mempunyai KAA terlibat iaitu SMK Dato Dol Said, SMK Munshi Abdullah, SMK Sultan Alauddin, SMK Datuk Hj. Talib Karim, SMK Bukit Rambai, SMK Datuk Hj. Abdul Rahman Yaakub dan  SMK Lubok China manakala 7 SABK (Men.) pula adalah SMA (JAIM) Darul Falah, SMA (JAIM) Al-Asyraf, SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, SMA (JAIM) Al-Ahmadi, SMA (JAIM) As-Syakirin, SMA Assaiyidah Khadijah dan SM Tahfiz al-Quran, Chenderah.

Bagi SABK, ini adalah tahun pertama terlibat dalam majlis penganugerahan ini.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua sekolah, guru dan juga pelajar yang mendapat anugerah pada kali ini. Kejayaan ini sudah tentu dapat dicapai hasil garapan para pengetua dan barisan kepimpinan serta warga sekolah yang berusaha keras memastikan sekolah mereka sentiasa berada ditahap yang membanggakan.

Majlis ini dihangatkan lagi dengan persembahan selawat yang telah disampaikan oleh para Pelajar SMA darul Falah, Kuala Sungai Baru.

Turut hadir di majlis ini adalah Ustaz Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka, Ustaz Hj. Md. Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Ustaz Suhaimi bin Ghazali, Penolong Pengarah Perolehan dan Pembangunan, PIPA,  para pegawai SPI, JPN Melaka, PPD dan barisan pengetua sekolah-sekolah berkenaan (Aliran KAA).

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Moga KAA di negeri Melaka akan sentiasa hebat dengan penuh keberkatan, Amin.

[ KEPUTUSAN PENUH ] ||| [ ALBUM GAMBAR ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads