Ahad, 1 Disember 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kes Rogol Budak Lelaki 11 Tahun & Budak Perempuan 6 Tahun <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2013 09:55 PM PST

Satu lagi sejarah tercatat di dalam buku rekod Malaysia apabila perogol termuda direkodkan. Ini memberi satu tanda negatif juga peringatan kepada kita semua agar lebih berhati-hati akan apa yang dipelajari kanak-kanak hari ini di luar pengetahuan kita. Perhatikan anak-anak anda tentang apa yang mereka lakukan dibelakang anda!

Berikut adalah laporan penuh dari ASTRO AWANI.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.

Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

"Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

"Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

"Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu," kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.

OHMEDIA: NAUZUBILLAH. HANYA MAMPU MENGGELENGKAN KEPALA MELIHAT APA YANG BERLAKU HARI INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads