Rabu, 25 Disember 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Idris Harun Tidak Jujur dan Angkuh – Ahli Parlimen <b>Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2013 04:02 AM PST

Kenyataan Media 8 Disember 2013

KENYATAAN MEMAAFKAN PENGUNDI CINA MELAKA: IDRIS HARON ANGKUH

Kami menyambut baik kesediaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron untuk meminta maaf daripada pengundi Cina atas kesalahan yang mungkin pernah berlaku terutama semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, kami melihat kesediaan tersebut berbunyi janggal apabila beliau mengatakan memaafkan kesalahan masyarakat Cina kepada kerajaan. Kenyataan Idris ini jelas menunjukkan beliau setuju bahawa masyarakat Cina wajar dipersalahkan atas kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, serta kalah beberapa kerusi baru termasuk bekas Ketua Menteri Melaka yang menjadi calon di Bukit Katil dan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Kami berpendapat kenyataan kedua Idris ini menggambarkan kemaafan yang beliau pinta itu tidak jujur, bahkan angkuh.

Kami berpendirian bahawa tindakan menyalahkan masyarakat Cina menunjukkan Idris tidak menghormati hak demokratik rakyat untuk menyokong sesiapa yang mereka fikir sesuai diangkat mewakili suara mereka di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Kenyataan Idris juga nampaknya turut menempelak masyarakat Cina yang setia mendokong BN.

Kami yakin, sokongan sekitar 52% yang diperolehi Pakatan Rakyat berbanding sokongan hanya sekitar 47% yang diperolehi BN semasa PRU-13 adalah suara masyarakat pelbagai kaum yang sudah jemu, muak dan menolak budaya politik BN, khususnya dalam memastikan urustadbir kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Setelah memerintah sekian lama, BN beranggapan ia tidak mungkin tewas, seterusnya melahirkan pemimpin-pemimpin angkuh seperti Idris.

Kami menggesa Idris segera meminta maaf dan menyatakan apakah kesalahan-kesalahan BN yang beliau tahu. Jangan bermain kata dengan perkataan 'kesalahan yang mungkin dilakukan' kerana ia menunjukkan Idris sendiri tidak mahu mengaku ada kesalahan dan permintaan maaf yang dituturkan hanya kerana tujuan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

Seluruh rakyat Malaysia wajar memiliki pemimpin yang lebih baik untuk memperjuangkan apa yang diperlukan oleh semua rakyat, berdasarkan prinsip keadilan.

Kami percaya Pakatan Rakyat kini semakin bersedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara, sekaligus menggantikan kepimpinan angkuh BN.

Shamsul Iskandar Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil
Pengerusi KEADILAN Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads