Isnin, 30 Disember 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


NADIAKATE: JOM MAKAN <b>DI BUKIT KATIL</b>

Posted: 24 Nov 2013 06:22 AM PST

ok.. since aku ade perasan la orang dok taip makan ape sedap kan kat bukit katil..
so aku bawak korang ke "Qasreena Cafe" yeey!!
heeeee.. actually aku baru datang sini sekali la kan..
and manu yang popular biasenye MEE RACUN laaaa..
why mee racun?? ade racun ke dalam tue?? hohohho.. 
aku pown terfikir gak mase tue. hahaha.. tapi tak sebenarnye..
die nie beracun sebab terlalu pedas.. untuk aku takde la pedas pown..
anak toke lade cili.. ape adehal dengan cili.. bahahaha..
die punye kedai nie kecik jer.. susah gak la jalannye sebab aku tak familiar dengan tempat tue..
sebab tue masuk ke dalam lagi..
lagi pown mase tue adik aku yang bawak.. malam lak tue..
meme aku tak alert la kawasan sekeliling..
and menu die ado macam2.. masakan melayu ke masakan western..
stendert harge die lakan kalo bab2 western nie.. 
nak makan due orang paling tidak bawak la RM20++ yerrrr.. heeeee
and yang paling tak leh bla sekali.. namenye sangat pelik2..
sehinggekan korang nak test kenapekah makanan itu di panggil sebegitu rupe..
itu namenyer perang psychology beb.. heeeee
so untuk mengelakkan korang kecewe.. baek korang tanye dulu nie sebenarnye ape..
kang tak lepas ape yang korang harapkan kang... hampe la pulak.. hohohoh..
dekat kawasan bukit katil ade beberape tempat makan la untuk korang tuju..
and biase orang nampak ialah BERKAT SALAM.. 
coz die betol2 dekat kawasan main road bukit katil tue..
berkat salam ok la untuk korang try.. aku pown jarang makan kat sini..
and bertentangan dengan die pulak ialah RESTORAN D'NANGKE ..
yang nie aku sangat2 lah tak rekemen kan kat korang..
walopon interior die agak romatik2 sikit... korang jangan pulak terpedaye..
kalo ko datang kat situ dengan perot yang sangat kosong..
aku berani jamin korang dah sumpah seranah dah dalam hati..
sebab makannye gile lambat nak sampai.. 
aku meme makan situ sekali jer.. lepas tue tak pergi dah... tobat2.. sakit hati gilerrrr..
pastu ade lagi area kawasan taman saujana permai tak silap
die berdekatan dengan pusat tuisyen cikgu adawiyah.. ex tempat aku koje dulu.. huhuhuh
ade satu kedai siam kat situ.. aku tak ingat namenye ape.. 
itu pown aku tak rekemen kan gak.. coz mahal beb~~~~ aigooooo...
tapi makanan ok laaaa.. boleh makan.. kalo tak sedap meme aku hempuk orang tue.. ahhahaha
ok.. nie map nye untuk memudahkan korang
ok.. korang nampak ke idok anak panah warne hitam tu??
itu menandekan korang dari arah mitc/jasin yerr..
 yang aku dok bulat hitam tu pulak ialah simpang 4 ado trafik light
warne merah : yg aku cite pasal kedai siam tue..
warne biru :  Qasreena Cafe.. orang cakap berdekatan dengan ILP or teknik apo ntah
warne kuning : berkat salam..
hope membantu la yer.. herrr.. kalo tak jugak..
ko cari kat blog laen.. hahahahaa...

CERAMAH USTAZ AZHAR IDROS <b>DI BUKIT KATIL</b> 16 NOV - Mutaligat

Posted: 05 Nov 2013 08:09 PM PST

CERAMAH USTAZ AZHAR IDROS DI BUKIT KATIL 16 NOV


'; div.innerHTML = summary; } //]]> Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idros akan berceramah di Bukit Katil bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan pada jam 9.00 malam 16 November ini.

Seluruh rakyat Malaysia khususnya Melaka dan kawasan sekitarnya dijemput hadir. Ceramah kali ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Lokasi ceramah : Masuk ikut jalan baru (belum siap) di berhadapan Masjid Kg Bukit Katil.

Related Articles :

Idris Harun Tidak Jujur dan Angkuh – Ahli Parlimen <b>Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2013 04:02 AM PST

Kenyataan Media 8 Disember 2013

KENYATAAN MEMAAFKAN PENGUNDI CINA MELAKA: IDRIS HARON ANGKUH

Kami menyambut baik kesediaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron untuk meminta maaf daripada pengundi Cina atas kesalahan yang mungkin pernah berlaku terutama semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, kami melihat kesediaan tersebut berbunyi janggal apabila beliau mengatakan memaafkan kesalahan masyarakat Cina kepada kerajaan. Kenyataan Idris ini jelas menunjukkan beliau setuju bahawa masyarakat Cina wajar dipersalahkan atas kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, serta kalah beberapa kerusi baru termasuk bekas Ketua Menteri Melaka yang menjadi calon di Bukit Katil dan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Kami berpendapat kenyataan kedua Idris ini menggambarkan kemaafan yang beliau pinta itu tidak jujur, bahkan angkuh.

Kami berpendirian bahawa tindakan menyalahkan masyarakat Cina menunjukkan Idris tidak menghormati hak demokratik rakyat untuk menyokong sesiapa yang mereka fikir sesuai diangkat mewakili suara mereka di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Kenyataan Idris juga nampaknya turut menempelak masyarakat Cina yang setia mendokong BN.

Kami yakin, sokongan sekitar 52% yang diperolehi Pakatan Rakyat berbanding sokongan hanya sekitar 47% yang diperolehi BN semasa PRU-13 adalah suara masyarakat pelbagai kaum yang sudah jemu, muak dan menolak budaya politik BN, khususnya dalam memastikan urustadbir kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Setelah memerintah sekian lama, BN beranggapan ia tidak mungkin tewas, seterusnya melahirkan pemimpin-pemimpin angkuh seperti Idris.

Kami menggesa Idris segera meminta maaf dan menyatakan apakah kesalahan-kesalahan BN yang beliau tahu. Jangan bermain kata dengan perkataan 'kesalahan yang mungkin dilakukan' kerana ia menunjukkan Idris sendiri tidak mahu mengaku ada kesalahan dan permintaan maaf yang dituturkan hanya kerana tujuan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

Seluruh rakyat Malaysia wajar memiliki pemimpin yang lebih baik untuk memperjuangkan apa yang diperlukan oleh semua rakyat, berdasarkan prinsip keadilan.

Kami percaya Pakatan Rakyat kini semakin bersedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara, sekaligus menggantikan kepimpinan angkuh BN.

Shamsul Iskandar Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil
Pengerusi KEADILAN Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads