| 04 di lubok china - Google Blog Search | 
| Shaykh Muhammad Harith Namanya Harum <b>di</b> Siak - Tokoh Ulama <b>...</b> Posted: 23 Dec 2013 04:45 PM PST   Berbanding negeri-negeri lain,  Negeri Sembilan agak istimewa dari sudut pengembangan bidang tariqat khususnya  tariqat Ahmadiyyah. Seperti yang tercatat dalam Majalah Tasawuf Islami Bil 1  halaman 36, hampir 75% masyarakat Melayu Negeri Sembilan berpegang kepada  amalan tariqat Ahmadiyyah. Justeru, tidak lengkap membicarakan amalan tariqat  ini jika tidak menyebut nama tokoh-tokohnya. Salah seorang tokoh anak jati  Negeri Sembilan yang sangat berjasa dalam usaha mengembangkan tariqat  Ahmadiyyah seperti yang terakam dalam sejarah ialah Shaykh Muhammad Harith bin  Ahmad. Jasa Shaykh tidak hanya terasa di Negeri Sembilan tetapi melangkaui ke  Melaka dan ke seberang Selat Melaka iaitu ke wilayah Siak, Sumatera.   Shaykh diriwayat dilahirkan di  Kampung Nerasau, Rembau antara tahun 1905 hingga 1906. Beliau berasal dari suku  Batu Hampar. Ia ditakdirkan bertemu jodoh dengan Hajjah Mariam binti Joned.  Pada peringkat awal, ia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Penajis yang  terletak dalam kawasan kampungnya. Beliau dikatakan mempunyai kecerdasan yang  agak mengagumkan terutama dalam bidang matematik. Mungkin atas sebab itu  agaknya beliau pernah ditugaskan menjalankan urusniaga getah di Kendung Estate,  Kota oleh seorang pemilik estet yang berbangsa Inggeris namun tugasnya itu  tidak kekal lama kerana beliau mula cederung mengikuti tariqat yang kian  berkembang ditempat tinggalnya. Dikatakan beliau pernah dihantar ke Kedah dan  Kelantan untuk mengaji pondok namun tidak lekat di sana.    Tokoh yang bertanggungjawab  memperkenalkan Shaykh dengan dunia tariqat ialah Tok Samad Bongek. Beliau  adalah murid tua kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi, pengembang Tariqat  Ahmadiyyah yang sangat terkenal di Alam Melayu. Shaykh kemudiannya  berulang-alik ke Ampangan, Seremban untuk berguru kepada Shaykh Abdullah, anak  kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi yang merupakan khalifah tariqat pada masa  itu. Dalam tempoh tersebut, ia menyara kehidupannya dengan menjalankan  perniagaan membeli getah di kedai bapa mertuanya yang terletak berhampiran  dengan padang Sekolah Melayu Astana Raja. Sekitar pertengahan tahun 1930-an,  beliau tambah giat mendalami ilmu tariqat hingga dikata orang bahawa beliau  langsung sudah tidak mempedulikan perniagaannya. Namun, tidak pula ada yang  berani menipunya. Diriwayatkan sampai satu ketika, beliau menyuruh orang yang  hendak menjual getah menimbangnya sendiri dan mengambil sendiri wang jualan  tersebut dalam peti duitnya. Dalam satu peristiwa, ada juga yang cuba hendak  menipunya tapi belum sempat kerja 'jahat' itu terjadi, Shaykh dengan spontan  menegurnya bagi mendapat kepastian tentang jumlah wang jualan yang diambilnya.  Langsung orang yang hendak menipu itu jadi malu dan mengakui kesalahannya.  Kelibat Shaykh juga dikatakan tidak setempat. Sekejap di Seremban, sekejap di  Melaka. Semuanya dalam keadaan berbasikal. Kata orang, Shaykh menunggang sangat  laju. Mendaki bukit sama seperti menurun bukit persis lajunya. Tidak lama  selepas itu, Shaykh telah diberi keizinan untuk mengajar Tariqat Ahmadiyyah di  kawasan tempat tinggalnya.    Berkat keizinan gurunya,  pengajaran Shaykh berkembang hingga ke negeri Melaka. Di Melaka, tempat terawal  ialah Lubok China. Selanjutnya mengajar pula di Kuala Linggi. Shaykh pergi dari  satu tempat ke tempat berikutnya dengan menunggang basikal. Diriwayatkan dalam  perjalanan pertama ke Kuala Linggi sekitar tahun 1936, beliau berbasikal dengan  dua orang sahabatnya (yang mempunyai pertalian saudara dengannya), Tuan Ibrahim  dan Tuan Ali bin Mohd Said. Apabila sampai di sebuah pekan, mereka pun berhenti  sebentar untuk minum di sebuah kedai kopi. Dalam keadaan tidak mempunyai wang,  kedua-dua sahabat ini berasa sangat berdebar-debar untuk minum namun Shaykh  biasa sahaja. Sedang mereka minum, datang seorang hamba Allah menumpang minum  langsung dibayarkan semua perbelanjaan minum mereka tadi. Kejadian yang sama  juga berlaku di pekan Kuala Sungai Baru, tidak berapa jauh dari Kuala Linggi di  mana makan minum mereka telah ditanggung oleh hamba Allah yang lain. Walaupun  mengajar di Melaka, Shaykh tetap mengajar di kampungnya sendiri dan  kampung-kampung lain yang menghilir ke Melaka seperti Kampung Sawah Raja,  Kampung Titian Akar dan Kampung Titian Bintangor. Kemana sahaja ia pergi,  masyarakat memberikan sambutan yang sangat baik. Ada yang bergotong-royong  membina surau, ada yang membawa tiang, atap, dinding dan sebagainya bagi  memastikan Shaykh dapat mengajar dengan selesa.      Satu hari tanpa memberitahu ahli  keluarganya, Shaykh bersama beberapa orang anak muridnya telah menyeberang Kuala  Linggi menuju ke Siak. Dikatakan orang-orang Kuala Linggi selalu ke Siak  khususnya ke Pulau Bengkalis untuk berniaga, menjaring ikan dan sebagainya.  Dalam perjalanan itu, dikatakan tekong perahu meminta air kopi kerana kehausan.  "Minta bir, aku dahaga ni", kata tekong tersebut. Mendengar kata tekong itu,  Shaykh langsung mencurah air kopi tersebut ke dalam laut kerana marah dengan  kata-kata tekong itu yang memanggil kopi sebagai minuman keras. Tidak lama  kemudian, perahu mereka dikejar oleh kapal penjajah Belanda yang pada masa itu  menguasai perairan Indonesia. Shaykh mengangkat sarbannya seolah-olah memberi  isyarat tertentu. Dengan tiba-tiba turun hujan ribut di sebelah kapal penjajah  Belanda sedangkan perahu yang dinaiki Shaykh berada dalam keadaan cuaca sangat yang  baik dengan angin semakin kencang mempercepatkan perjalanan mereka menuju ke  Selat Bengkalis. Walaupun baru kali pertama pergi ke sana, Shaykh pula  seolah-olah yang menjadi jurupandu kepada tekong perahu tersebut yang jauh  lebih berpengalaman darinya, mungkin kerana kalut dan gementar setelah melalui  beberapa peristiwa yang berlaku secara mendadak itu.    Perahu berkenaan berlabuh di  sebuah tempat bernama Buruk Bakul. Shaykh kemudiannya mencari tokoh setempat  yang bernama Haji Mohd Nor yang dikatakan berasal dari Kampung Astana Raja,  Rembau. Haji Mohd Nor menjadi imam di kawasan itu manakala anaknya yang bernama  Husin berpangkat besar. Perkenalan Shaykh dengan dua beranak itu secara tidak  langsung mempercepatkan usaha Shaykh mengembangkan tariqat Ahmadiyyah di Siak. Kata  Shaykh ketika mula-mula ditanya orang tentang tujuannya ke Siak, "Di Negeri Sembilan lampu sudah terang,  kalau  pasang pelita tidak nampak  cahayanya. Adapun di sini (Siak), suasana masih gelap, kalau pasang pelita  masih nampak cahayanya". Shaykh mengumpamakan dirinya seperti pelita yang  diharapkan dapat memberi sinar kepada masyarakat Siak.    Di Buruk Bakul, nama Shaykh cepat  sungguh masyhur. Anak muridnya datang dari merata daerah. Ada yang datang dari  Kampar, Rokan, Batu Bara malah ada juga dari Tanah Minangkabau Sumatera Barat.  Walaupun sibuk dengan urusan di Buruk Bakul, Shaykh tetap pulang ke kampung  halamannya selang beberapa bulan sekali menjenguk anak isterinya. Dua tahun  selepas itu, Shaykh berpindah ke Teluk Air, menghala ke selatan Buruk Bakul.  Tempat itu dikatakan lebih strategik. Sebelum berpindah, Shaykh pergi menghadap  Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan tujuan untuk mendapat surat akuan  daripada baginda. Selain mendapat surat akuan, Shaykh juga telah menerima surat  sokongan dari Haji Ipap yang merupakan Undang Rembau pada masa itu. Surat-surat  itu kemudiannya dipersembahkan kepada pemerintah Siak pada masa itu iaitu  Sultan Sharif Kassim. Baginda dengan sukacitanya memperkenan permintaan Shaykh  malah membenarkan Shaykh meneroka tanah ikut kemahuannya sendiri. Shaykh turut  diberi penghormatan menjadi imam solat di Masjid Besar Siak. Pada mulanya ia  enggan namun setelah sultan sendiri menyarungkan jubah imam, tidak dapat pula  ia menolaknya.    Di Teluk Air, Shaykh membina sebuah  surau yang agak besar. Beliau mengupah tukang-tukang kayu yang mahir dari  Kampar dan Minangkabau. Selain itu, ia membuka tanah pertanian seluas 500 ekar.  Anak-anak muridnya menanam rumbia, pinang, padi huma dan kelapa. Selain menjadi  pembimbing tariqat, Shaykh telah menjemput beberapa orang alim ulama untuk  mengajar anak muridnya. Antaranya ialah seperti Tuan Guru Haji Khusai dan Haji  Nawawi dari Payakumbuh dan Bukit Tinggi, Tuan Guru Haji Abdul Salam dari  Bengkalis dan Tuan Guru Haji Abdul Ghani Haji Bakar.    Shaykh mudah mesra dengan sesiapa  sahaja. Bahkan Shaykh sangat rapat dengan Sultan Siak. Tambahan pula, Sultan  Siak sendiri menjadi anak murid Shaykh kerana melazimi amalan tariqat  Ahmadiyyah. Shaykh sering diundang ke istana untuk mendapatkan khidmat nasihat.  Manakala keberadaan Shaykh di Siak telah mewujudkan hubungan erat dua hala  antara Siak dan Rembau. Setiap kali Shaykh berulang-alik ke Seremban untuk  bertemu gurunya, beliau akan membawa beberapa orang anak muridnya mengaji  pondok kepada Shaykh Ahmad bin Shaykh Muhammad Said al-Linggi di Rasah. Begitu  juga apabila ia pulang ke kampung halamannya di Rembau, ia akan membawa bersama  anak-anak muda dari Rembau untuk belajar di Siak. Keluarga Shaykh di Rembau  menjadi keluarga angkat anak-anak muridnya yang berasal dari Siak yang menimba  ilmu di Negeri Sembilan. Diriwayatkan apabila ada hari kelepasan, mereka akan  berkumpul di rumah Shaykh di Rembau untuk bertemu sesama mereka bertanya  khabar. Sebelum Perang Dunia ke-2 meletus, Shaykh membawa anak isterinya  berpindah ke Siak. Apabila perang tamat, isteri dan anak-anaknya, pulang semula  ke Rembau untuk menyambung persekolahan. Hanya anaknya yang bernama (Haji) Ismail  tidak turut serta sebaliknya tinggal bersama Shaykh menjadi pembantunya. Bersama-sama  dengan anaknya, Shaykh telah mengembangkan tariqat Ahmadiyyah sehingga ke Pekan  Baru yang menjadi ibu negeri Siak yang baru. Mereka telah membeli sebuah istana  lama untuk dijadikan rumah persinggahan untuk membincangkan urusan perniagaan  dan bertemu dengan orang-orang kenamaan Siak. Selain Haji Ismail yang  diharapkan Shaykh untuk menguruskan hal-ehwal keluarga dan perniagaan, serang  lagi individu yang menjadi orang kepercayaan Shaykh ialah (Haji) Ahmad bin  Abdul Hamid. Beliau diamanahkan Shaykh untuk membantunya dalam urusan tariqat  dan hal-hal peribadi yang bersangkutan. Haji Ahmad mempunyai kebolehan dalam  ilmu gagah. Ketika hasil tanaman Shaykh dirosakkan sekumpulan beruang, Haji  Ahmad telah memburu beruang-beruang tersebut dengan tulang empat keratnya tanpa  menggunakan apa-apa senjata. Haji Ahmad juga menerima wasiat Shaykh agar  mengebumikan jenazahnya dibawah mihrab masjid yang didirikannya.    Shaykh dikatakan telah dianugerah  beberapa kelebihan luar biasa seperti yang diriwayat oleh mereka yang rapat  dengannya. Antara kisahnya adalah seperti berikut; 
   Sekitar bulan  Disember 1947, Shaykh menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan ratusan  orang muridnya. Jenazahnya telah dikebumikan betul-betul di hadapan mihrab  masjidnya seperti yang diwasiat kepada anak muridnya.  
   Shaykh Muhammad Harith | 
| You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan