Jumaat, 13 Disember 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


perkahwinan seorang teman dan blogger <b>di sungai udang</b>

Posted: 12 Dec 2013 10:47 PM PST

Bulan 12 memang ramai orang kawin. Berderet la hujung minggu dengan aktiviti berkahwin..haha..mentang-mentang cuti sekolah. Kang berderetla dapat anak bulan 9..haaha..musim mengawan bagi bulan 12..hahaa..Hari Ahad bersamaan 8 haribulan nad ada dua jemputan perkahwinan.Satu dekat Meru kawan sekolah nad dan satu lagi dekat Sungai Udang, kawan blogger. Fistly mestilah pergi dekat Meru dulu..pergi yang dekat dulu..hehe..
Perkenalkan ni la pengantin tu..hehe..Nad sampai dalam pukul 11.30..Sampai dekat rumah pengantin tengah bersolek..ok pergi la makan dulu..dah kenyang masuk dalam balik tengok pengantin dah ready..dah siap dengan baju pengantin..auww sonok plak aku..tak sabar nad nak pakai baju pengantin tu..hahaa..Sebab nak cepat nak pergi ke rumah pengantin blogger pulak. 
Blogger ni ada mimpikan nad. Wah terharu sangat die mimpi kita mayb rindu kot..hehe.BACA KAT SINI KISAH MIMPI TU...Jadi nad hadirlah ke perkahwinannya. Kalau tak mimpi pun nad hadir juga.=)
Dalam pukul 1 petang nad bergerak pergi ke Sungai Udang pula. Sehari sebelum tu nad pergila google nak tengok tempat. Mujur masa tu tak sesat mana, yela nad jarang jalan dekat situ. Sampai je dekat Sungai Udang satu masalah lagi nak cari apartment die..tengok maps nasib tersasar sikit..patah la balik then akhirnya sampai..
Wah terpegun tengok majlis dia..Majlis perkahwinan tepi kolam renang. Dengan Tema Biru pink memang sangat cantik..Sampai je terus tengok keadaan sekelilimg yela mana tau leh jadi inspirasi tuk nad kawin nanti..hehee..Masa tu dah tercari-cari si Tya, Yana dan Sheila. Blogger yang hadir masa perkahwinan blogger syirah ni. Nad sampai lewat jadi semua dah nak balik. Tapi sebelum balik amik la gambar dulu..hehhe..Dapat jumpa sekejap je..sob sob sob..
Amik Gambar dengan pengantin pulak. Blogger Syakira dan pasangan. Tema biru kau. Nad dah la suka biru. Memang cantik die waktu tu. Nad doakan semoga kira dan pasangan bahagia dunia dan akhirat. Semoga kira menjadi isteri yang solehah. Besar tanggungjawab seorang isteri. Jemputla singgah ke blog die erk..
Masa ni jumpa blogger eida baharom. Tapi masa ni nad tak kenal eida sebab tak pernah tengok muka die..selalu baca blog die. Biasalah rupa lain dengan realiti. Sekali tengok die post dekat facebook kira pasal chocolatefountain die baru tau die blogger eida..hahhaa..tu la nad lain kali selidik gambar ok..
eida bgi diskaun tuk tmpat nad nanti..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads