04 di tanjung bidara - Google Blog Search |
Pelajar Politeknik Lemas <b>di tanjung Bidara</b> - HaKiKat PaDa SaTu <b>...</b> Posted: 13 Dec 2013 08:24 PM PST Dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, ditemui lemas selepas mandi di Pantai Teluk Bidara, dekat Kampung Seberang Pintasan di sini. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, dua rakan itu mandi di pantai berkenaan bersama 11 yang lain lemas selepas dipukul ombak kuat. Usaha mencari yang dijalankan pasukan penyelamat berjaya menemui mayat Ahmad Syukri Aiman Romainor, 18, iaitu pelajar jurusan Diploma Automotif Diesel, manakala mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Hanif Jainuri, 18, yang mengambil jurusan sama masih belum ditemui. Mayat remaja 18 tahun, Mohd Hanif Jainuri dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor telah berjaya ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis pada pagi tadi di Pantai Teluk Bidara. Sebelum ini, 13 orang pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Namun percutian mereka bertukar tragedi apabila dua rakan mereka lemas. Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sebelum ini mengalami sedikit kesukaran ekoran ombak kuat setinggi hampir dua meter. Al-fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. |
You are subscribed to email updates from di tanjung bidara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan