04 di tanjung bidara - Google Blog Search |
Yan Ty: Indahnya Pantai <b>Tanjung Bidara</b> , Melaka Posted: 16 Nov 2013 09:26 AM PST Cuti hari minggu ; Sabtu & Ahad minggu ini , Ty ke negeri bersejarah Melaka. Bercuti , hanya sekadar lari kesibukan kota juga kertas kerja di pejabat tapi masih ada beberapa kerja lain masih tertangguh. Entri - entri yang nak diabadikan di dalam blog pun tertangguh. Alhamdulillah , entri ringkasan ke Kedah dah pun siap. Sub-sub cerita di Kedah juga part seterusnya semasa bercuti di Krabi dalam perjalanan tapi masih di persimpangan. Ty menginap untuk malam ni di Tanjung Bidara Resort. Sebelum hadap lappy dan melepak dalam bilik, sempatlah Ty snap beberapa gambar pemandangan dan keindahan di Pantai Tanjung Bidara. Cantik sungguh yang tak terkata untuk Ty ungkapkan. Jom sesama gambar pantai pula ye uolls , Cantik bukan? Kononnya berhajat nak amik gambar masa senja tapi Ty masih menghadap lappy sebabnya line internet agak tenat. Semput gitu , sekejap ada sekejap tak ada. Eh dah macam biskut chipsmore pula. Pada malam , ada majlis makan malam dan sesi cabutan bertuah juga karaoke secara sukarela. Oh , ya ini majlis pejabat mummy Ty , kira family day tapi Ty tak berminat nak turut serta. Nak "berehat" sambil layan blog dan segengnya. In sha Allah , esok akan bertolak balik ke Putrajaya setelah selesai majlis dan program di sini. Maka bersedialah untuk memulakan hari - hari yang sentiasa padat dengan kerja pabila Isnin tiba. #Banyak lagi pihak pengurusan resort perlu tingkatkan dan lihat semula terutama dari segi fasiliti dan kebersihan terutamanya. |
You are subscribed to email updates from di tanjung bidara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan