Hujung minggu lepas aku bawa famili pergi iftar jauh dari Lembah Klang, rancangan utk beriftar di Umbai ni sudah lama dirancang malah sebelum puasa lagi sebenarnya, kebetulan kami anak beranak dapat together2 maka aku ON sajer
Medan Ikan Bakar Terapung Umbai menjadi destinasi aku dan famili, salah satu kedai yg kami tuju adalah Gerai No 5 seperti gambar dibawah ini
Gerai ni adalah kepunyaan keluarga rakan isteri aku,menyajikan pelbagai jenis hidangan yg terdiri dari ikan bakar dan pelbagai hidangan seafood yg lain
Dari segi rasa aku tabik sebab memang sedap dan menyelerakan dengan harga yang amat berpatutan
Hidangan yg kami jamah pada iftar ketika itu adalah kerapu bakar, udang butter, kepah masam manis, dan sotong butter
Ikan ikan kat sini fresh dan dibakar tanpa sedikit minyak dan dicicah dengan kicap cili pasti terangkat
Lokasi tempat ni lebih kurang 22km dari Tol Ayer Keroh, pakai GPS pasti sampai
Kalau teringin datanglah kesini di Gerai No 5 pasti berbaloi
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan