Isnin, 13 Januari 2014

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Jasindaily Online: Tulisan Jawi Di Semua Premis <b>Di Jasin</b>

Posted: 25 Dec 2013 07:37 PM PST

JASIN - Semua papan tanda di premis dan bangunan milik Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan ditukar kepada tulisan jawi dan Bahasa Melayu, bermula 1 Januari depan dalam usaha memperkasakan tulisan berkenaan. Yang Dipertuanya, Murad Husin berkata, sebagai permulaan, pihaknya telah memasang papan tanda tulisan jawi berserta Bahasa Melayu di pintu masuk pejabat MPJ dan ia akan diperluaskan kepada lebih 600 premis.
Menurutnya, langkah tersebut sejajar dengan usaha kerajaan memartabatkan penulisan jawi serta mengangkat bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara berkesan di kalangan masyarakat. "Insya-ALLAH, papan tanda jalan juga akan ditukar kepada tulisan jawi dan Bahasa Melayu secara berperingkat berdasarkan kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat. "Kita merancang agar semua premis milik MPJ serta semua papan tanda jalan menggunakan tulisan jawi dan Bahasa Melayu, menjelang akhir tahun depan," katanya di sini, semalam. Selain itu, pihaknya juga menyahut saranan Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai dan Pantai negeri, Datuk Ghazale Muhamad agar MPJ memperkemaskan syarat termaktub dalam undang-undang kecil iklan supaya dimasukkan syarat baru mengenai tulisan jawi yang wajib dipatuhi peniaga. "Kita juga berharap agar papan tanda iklan serta papan nama kedai di daerah ini juga akan menggunakan tulisan jawi kerana inilah salah satu usaha kita untuk memperkasakan tulisan jawi di bawah pentadbiran MPJ," katanya./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads